Skip to main content

Bagaimana Nak Berjaya Dan Mengapa Perlu Berjaya

Impian akan tinggal impian tanpa usaha. Impian jadi kenyataan bila disertakan dengan DOA, USAHA, PERANCANGAN yang teliti dan paling utama mesti ada TARGET.

BAGAIMANA NAK BERJAYA?

Nak berjaya Mesti USAHA.. Jaga AMALAN ROHANI.. Banyakkan sedekah dan sebagainya. Nak berjaya bukan tu saja. Perlu juga ada MENGAPA ANDA PERLU BERJAYA?

Jadi tanya pada diri, MENGAPA sebenarnya aku perlu berjaya?

Untuk apa?

Kalau pada diana, diana mesti dan wajib berjaya sebab diana ada banyak impian. Diana nak capai financial freedom sebelum usia 40 tahun. Diana nak selesaikan hutang zaman belajar. Diana nak menjadi kaya sebab diana nak bantu lebih ramai orang islam yang susah In syaa Allah. Diana nak anak diana membesar dalam suasana yang CUKUP. Diana nak bahagiakan kedua ibu bapa selagi mampu.

Dan yang paling penting, diana inginkan keluarga yang bahagia. Banyak yang diana perhatikan duit menjadi punca perpecahan dalam keluarga. Diana tak kata semua, tapi kebanyakkannya begitu lah.

Dan diana tak kata jugak diana nak anak hidup dalam kemewahan. Biar sederhana tapi CUKUP.

Sebab guru diana pernah pesan, jadi kaya bukan untuk berseronok dan menunjuk. Tapi kaya yang sebenar bila kita berjaya membantu lebih ramai orang dan menambah nilai hidup orang-orang disekeliling kita. Kaya sahaja untuk bermegah tak ada guna. Orang kaya yang dermawan adalah orang kaya yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Diana tak nak mewariskan kemiskinan kepada anak cucu diana. Biar susah payah yang diana lalui satu ketika dahulu terhenti cukup sekadar pada diri diana.

Dan atas sebab sebab itulah, diana selalu PAKSA DIRI untuk berjaya. Diana tak layan sebarang emosi negatif. Bukan tak layan langsung. Tapi jangan terlalu lama. Diana sentiasa cuba motivate diri sendiri bila mana kadang kala diana rasa down.

Jadi pesan diana buat anda yang nak berjaya, jangan asyik cari BAGAIMANA nak berjaya. Sebaliknya cari juga MENGAPA anda perlu berjaya. In syaa Allah, anda akan terdorong dengan sendirinya untuk buat apa yang sepatutnya anda lakukan untuk berjaya. In syaa Allah 😊

#PesanUmmiUntukAdam
#DiaryUmmiAdam
#BisnesCaraKami
#EuphoriaShaklee
#ShakleeKuching



NJ Hamba Allah

Comments

Popular posts from this blog

Kesilapan Yang Ibu Bapa Patut Elakkan Dalam Mendidik Anak

1. Tidak Pernah Bersalah Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,  "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye ..  Akhirnya si anak pun terdiam. Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah. Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman. Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepa...

Kepentingan Kalsium dan Magnesium Pada Badan

Sangat sedikit masyarakat yang sedar dan tahu kepentingan kalsium dan magnesium pada badan dalam metabolisma tubuh manusia. Magnesium diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh berfungsi dengan baik. Fungsi Magnesium sangat penting. Tetapi kepentingan Magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5 Cent Miracle Tablet” . Mengapa jadi begini?  Selepas Usia 40 Tahun, Kepadatan Tulang Mula Menurun Dengan Cepat Untuk makluman anda, kesan akibat kekurangan magnesium tidak terjadi dalam jangka waktu yang singkat. Kesannya akan dilihat apabila usia anda semakin meningkat tua. Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang dimuatkan di dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa, kesan paling ketara penurunan magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause . Selain itu, apabila keperluan magnesium di dalam badan tidak mencukupi, akan terjadinya denyutan jantung yang t...

Basic H Ni Sama Macam Peluntur Ke?

Ada yang tanya diana, Basic H ni sama macam peluntur ke? Mentang-mentanglah diana pi bubuh gambar teko yg putih selepas menggunakan Basic H,anda ingat Basic H ni peluntur... Ni diana nak citer... Basic H dengan Peluntur berbeza tau. Peluntur sifatnya melunturkan. Anda rendam barang dalam cecair peluntur, maka akan lunturlah segala-galanya termasuklah warna-warna baju sekali. 10 kali rendam dengan peluntur, baju pun koyak sebab dengan benang-benang baju turut lusuh dan luntur. Diana pernah buat ujikaji sejenis peluntur yang dicampur dengan sabun serbuk pencuci baju untuk membersihkan papan pemotong sayur dan sudu. Memang bersih sebab ia bersifat peluntur. Tetapi Peluntur ni sifat dan bahan-bahannya dari bahan kimia yang bertoksik dan tangan kita pun cepat melecet bila terkena peluntur. Bahaya untuk kesihatan. Tetapi Basic H ni bukan bersifat peluntur. Ia cuma memudahkan kerja anda melakukan pembersihan tanpa perlu menyental dengan kuat bagi menghilangkan kerak kuali, karat, kotoran,...