Allah adalah Perancang segala-galanya. Kalau Dia kata ia akan berlaku, maka berlakulah ia. Rezeki ketentuan Allah dan Dia telah menentukan rezeki bagi setiap makhluk di muka bumi ini. Sepayah mana pun liku hidup kita, Allah boleh mengubahnya dalam sekelip mata. Dan semewah mana pun hidup kita, Allah boleh menarik segalanya dalam sekelip mata.
Diana yakin dan percaya bahawa Allah sentiasa menyokong di belakang Diana dan Diana tidak gentar. Percayalah kepada Nya, taatlah kepada Nya setiap detik waktu selagi bernyawa, dan segala-galanya akan dipermudahkan in syaa Allah. Kalau kita sentiasa ingat Allah, mustahil Allah lupa pada kita. Percayalah.
1. Tidak Pernah Bersalah Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata, "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye .. Akhirnya si anak pun terdiam. Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah. Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman. Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepa...
Comments
Post a Comment