Skip to main content

MEROKOK ADALAH HARAM

MEROKOK ADALAH HARAM
Merokok adalah haram 

Vape ke rokok ke kedua-duanya diana memang tak suka. Bukan sebab diana tak hisap rokok atau vape. Tapi sebab impaknya pada diana lebih dashyat daripada orang yang hisap.

Dan diana ada anak kecil yang diana wajib protect dan jaga kesihatan diana dan juga dia.

Rasulullah SAW bersabda, " Tidak boleh menimbulkan bahaya dan tidak boleh pula membahayakan orang lain."

( Hadis Riwayat Ibnu Majah dari Kitab Al - Ahkam 2340 )

Rasulullah SAW pun dah berpesan kat kita umat2 kesayangan baginda.

Kenapalah susah sangat nak ikut pesanan Rasulullah SAW jika dalam hati ada cita-cita nak masuk SYURGA ALLAH.

Rasulullah kekasih Allah. Bila kita lawan apa yang kekasih Allah dah tegah, rasa-rasanya besar mana harapan nak ke SYURGA ALLAH?

Sebab tu Jabatan Agama Islam juga telah mengeluarkan fatwa.

"MEROKOK ADALAH HARAM"
( Fatwa 23 Mac 1995)

Dan Allah juga dah berfirman dalam Al-Quran:

" Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri dalam kebinasaan."

( Al-Baqarah: 195)

Fikir-fikirkanlah yer sebab semua kita ni Allah anugerahkan dengan akal. Sebab tu antara semua makhluk di muka bumi ni, manusia makhluk yang hebat hingga dicemburui oleh iblis.

Dan janganlah kita terpedaya dengan bisikan iblis yang sememangnya bertekad untuk menyesatkan umat manusia dari zaman Nabi Allah Adam AS hinggalah ke akhir zaman.

Sekali lagi Fikir-fikirkanlah...😐

~ NJ Hamba Allah ~
#PesanUmmiUntukAdam
#DiaryUmmiAdam

Comments

Popular posts from this blog

Kesilapan Yang Ibu Bapa Patut Elakkan Dalam Mendidik Anak

1. Tidak Pernah Bersalah Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,  "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye ..  Akhirnya si anak pun terdiam. Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah. Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman. Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepa...

Kepentingan Kalsium dan Magnesium Pada Badan

Sangat sedikit masyarakat yang sedar dan tahu kepentingan kalsium dan magnesium pada badan dalam metabolisma tubuh manusia. Magnesium diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh berfungsi dengan baik. Fungsi Magnesium sangat penting. Tetapi kepentingan Magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5 Cent Miracle Tablet” . Mengapa jadi begini?  Selepas Usia 40 Tahun, Kepadatan Tulang Mula Menurun Dengan Cepat Untuk makluman anda, kesan akibat kekurangan magnesium tidak terjadi dalam jangka waktu yang singkat. Kesannya akan dilihat apabila usia anda semakin meningkat tua. Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang dimuatkan di dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa, kesan paling ketara penurunan magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause . Selain itu, apabila keperluan magnesium di dalam badan tidak mencukupi, akan terjadinya denyutan jantung yang t...

Basic H Ni Sama Macam Peluntur Ke?

Ada yang tanya diana, Basic H ni sama macam peluntur ke? Mentang-mentanglah diana pi bubuh gambar teko yg putih selepas menggunakan Basic H,anda ingat Basic H ni peluntur... Ni diana nak citer... Basic H dengan Peluntur berbeza tau. Peluntur sifatnya melunturkan. Anda rendam barang dalam cecair peluntur, maka akan lunturlah segala-galanya termasuklah warna-warna baju sekali. 10 kali rendam dengan peluntur, baju pun koyak sebab dengan benang-benang baju turut lusuh dan luntur. Diana pernah buat ujikaji sejenis peluntur yang dicampur dengan sabun serbuk pencuci baju untuk membersihkan papan pemotong sayur dan sudu. Memang bersih sebab ia bersifat peluntur. Tetapi Peluntur ni sifat dan bahan-bahannya dari bahan kimia yang bertoksik dan tangan kita pun cepat melecet bila terkena peluntur. Bahaya untuk kesihatan. Tetapi Basic H ni bukan bersifat peluntur. Ia cuma memudahkan kerja anda melakukan pembersihan tanpa perlu menyental dengan kuat bagi menghilangkan kerak kuali, karat, kotoran,...