Skip to main content

Kualiti Kecantikan Seorang Wanita

Kualiti Kecantikan Seorang Wanita

Assalamualaikum wbt


Buat semua teman-teman yang selalu mengikuti blog diana ni, diana ucapkan terima kasih kerana sudi menjadi pendengar luahan hati diana. Buat yang baru dan pertama kali, diana ucapkan salam perkenalan semoga ikatan ukhwah itu akan lebih kukuh lagi.

Dah lama diana tak menulis secara serius. Dah bersawang blog ni. Maaflah yer :). In syaa Allah diana akan cuba berkongsi segala kebaikan walaupun diana bukanlah sebaik mana. Tapi diana berusaha untuk menjadi yang lebih baik dari hari ke hari di sisi Allah. Semoga perjuangan teman-teman dan diana mendapat keredhaan Allah SWT. Aamin...

Kebetulan  pagi tadi terpandang sesuatu yang kurang menyenangkan di facebook. Maka digerakkan Allah hati ni untuk berkongsi sesuatu yang boleh menyenangkan semula hati iaitu kualiti kecantikan seorang wanita. Maklumlah wanita ni memang sukakan pada kecantikan. Kena cerita banyak-banyak tentang kecantikan. Bila diperhiaskan sebaik mungkin, maka semakin cantiklah seorang wanita itu.

Apa yang diana nak ceritakan ni berkaitan dengan AURAT PEREMPUAN sebenarnya. Bukan nak tunjuk alim atau warak. Diana juga bukan manusia yang sempurna. Diana juga banyak buat silap dalam kehidupan. Diana juga budak baru belajar dan sentiasa menambah baik apa yang kurang. Biasalah, kita ni manusia biasa. Diana pun takderlah nak marah hamba Allah ni dengan status yang macam tu. Diana cuma doakan semoga suatu hari nanti Allah bukakan hati dia untuk BERTUDUNG DAN MENUTUP AURAT.

Ada orang bila kita tegur suruh tutup aurat, memang dia akan sentap. Malah dia akan jawab, "Belum tentu lagi orang yang menutup aurat itu lebih baik amal nya daripada orang yang tidak menutup aurat." Ok takper...kita tinggalkan persoalan tu.

Apa yang diana nak kongsikan disini ialah, " Siapakah yang lebih layak mengetahui baik dan buruk sesuatu perkara dalam setiap inci kehidupan melainkan Allah SWT? Sekalipun terdapat wanita yang menutup aurat, namun masih melakukan perkara yang tidak elok, itu adalah dua perkara yang berbeza. Yang menutup aurat itu sudah baik, namun masalahnya pada akhlak yang perlu diperbaiki. Semoga Allah memelihara diana dan teman-teman daripada sebarang kejahatan.

Lambang Islam seorang WANITA ISLAM adalah pada penampilannya. Salah satu bukti ketaatan, keimanan dan kepatuhan bagi seorang wanita kepada Tuhannya adalah dengan menjaga aurat dan penampilan.

"Allah tidak menyuruh wanita menutup rambut tetapi sebaliknya menutup aurat. Menutup aurat bukan cukup dengan memakai tudung sahaja, tetapi berpakaian yang mematuhi syariah. Imam Syafie meletakkan garis panduan, aurat yang wajib ditutup adalah keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan sahaja. Malangnya masih ramai yang tidak memahami erti menutup aurat yang sebenar-benarnya."

Biasa dengar jawapan sebegini, " Saya tidak mahu memakai tudung dan menutup aurat lagi kerana takut dipulaukan oleh rakan." 


Percaya tak kalau diana kata rakan yang baik yang ikhlas akan sentiasa mendorong kita ke arah kebaikan tetapi rakan yang dirinya masih terkontang kanting akan sentiasa mengajak kita sama-sama buat keburukan. Sebab utamanya dia tak nak nanti hanya tinggal dia sorang-sorang yang pelik dari orang lain. Iblis pun tak nak masuk neraka sorang-sorang. Sebab tu hingga akhir zaman Iblis akan terus menghasut anak-anak Nabi Adam untuk memilih jalan sepertinya juga. Jangan salah faham pula. Diana hanya bagi perumpamaan jerrr. Kalau tak nak jadi rakan subahat, pilihlah jalan yang Allah dah tulis dalam Al Quran.

Ada juga bila disuruh bertudung " Saya tak naklah menutup aurat lagi, sapa nak pakai baju-baju mahal yang saya beli ni."


Allah wajibkan kita bertudung di hadapan bukan mahram je. Bukan setiap masa. Pada suami dan anak-anak serta mahram, kita masih boleh memakai perhiasan yang cantik-cantik dan baju-baju yang mahal ni. Bukankah diri kita ni adalah hak eksklusif suami yang kita terima semasa diijabkabulkan? Jadi berikan hak eksklusif itu pada yang berhak;)

Lagi sedih ada yang bagi jawapan, " Tak nak pakai tudunglah, tak seksi"


Ada wanita yang padanya seksi, tapi pada pandangan orang lain sangat menyeksakan. Ada juga wanita yang padanya sopan, tetapi masih dilihat seksi. Sama ada kita ingin dilihat seksi di dunia ataupun sanggup diseksa di akhirat, jawapannya hanya ada pada diri kita  :)

Jawapan yang satu inilah membuatkan diana rasa nak sangat menulis petang ni " Saya tidak mahu memakai tudung dan menutup aurat lagi kerana pada saya tidak semestinya yang memakai tudung itu baik dan yang tidak memakai tudung itu dan menutup aurat itu jahat."


Ya, betul tu. Tidak semestinya yang memakai tudung itu baik dan yang tidak menutup aurat itu jahat. Bahkan tidak semestinya yang memakai tudung itu jahat dan yang tidak menutup aurat itu baik. Kedua-duanya berbeza. Namun bolehkah kita nak bersoal jawab sebegini dengan Allah di Padang Masyar nanti? Yang terbaik tetap menutup aurat dan menjaga akhlak seperti yang Allah telah perintahkan pada kita.

Ada juga yang berkaitan prinsip, " Saya tak nak hipokrit dengan ikut-ikut orang lain bertudung dan menutup aurat. Saya nak jadi diri saya sendiri."


Hipokrit atau tidak, tiada kaitan langsung dengan apa yang kita hendak lakukan. Malah Siti Khadijah isteri kepada Rasulullah SAW tetap seorang usahawan yang berjaya walaupun menutup aurat. Malah harta-hartanya banyak digunakan untuk perjuangan Rasulullah SAW menyebarkan Islam.

" Kalau pakai tudung dan menutup aurat tak dapatlah nak ikut trend dan fesyen semasa"


Islam tak pernah menyekat wanita untuk mengikuti trend dan fesyen semasa. Tetapi biarlah trend dan fesyen itu ditentukan dengan gaya Islam.

" Alah saya muda lagi. Buat apa nak pakai tudung lagi. Bukannya mati esok pun. Tak sedia lagilah nak bertudung dan menutup aurat. Dah tua esok, barulah saya pakai tudung"


Kematian itu pasti. Bila, Dimana dan Bagaimana itu kita sendiri dan sesiapa pun tidak ketahui. Semua itu rahsia Allah. Sebab itu setiap kebaikan perlu disegerakan kerana kita tak tahu bila masa kita.

Apa pun segalanya terletak pada IMAN seseorang. Iman yang mencorakkan hati dan pemikiran. Iman juga yang memandu setiap tingkah laku dan perbuatan serta tindakan. 

Kualiti Kecantikan Seorang Wanita

Salam Sayang Ummi Adam

Follow IG : Nordiana Jamil
Facebook : Nordiana Jamil

Comments

Popular posts from this blog

Petua Cantik Dengan Bahan-Bahan Dapur

Bahan-Bahan Yang Boleh Dapat Dari Dapur Semalam tengok Wanita Hari ini (WHI). Tajuk utama WHI semalam Petua Cantik Dengan Bahan-Bahan Dapur. Layan jer lah. Menurut Diana Rafar, petua ini khas turun-temurun dari warisan keluarganya. Dan dia sendiri memang amalkan mandi air rebusan herba paling tidak dua kali seminggu. Paling tidak pun akan bersauna dengan menggunakan air mandian rebusan herba tu. Elok juga mandi air rebusan herba ni semasa demam, selsema dan batuk sebab membantu mempercepatkan proses untuk sihat.  Ramuan herba dan semulajadi yang fresh ni memang banyak khasiatnya. Cuma kebanyakkan kita orang muda zaman sekarang tidak tahu kaedah yang betul. Kalau nak tahu, lengkuas mempunyai khasiat untuk menambahkan selera makan, membersihkan darah, mencairkan kahak, meransang otot dan banyak digunakan sebagai bahan menguatkan tenaga. Dari pengalaman diana sendiri, amalan minum air halia, mandian air rebusan herba, urutan dan berlulur menjadikan badan kita rasa lebih segar

Dia Yang Pertama

Terasa cepat nya masa berlalu. Dia yang pertama menghuni rahim ini. Dia yang pertama memanggilku ummi. Dia yang selalu memberi senyuman dan pelukan saat ummi berduka. Dia yang tak kenal erti dendam walaupun sering dimarahi. Tiada yang kedua buat ummi. Insan yang banyak mengajar ummi erti kehidupan bergelar ibu. Minggu ni minggu terakhir abang adam menduduki ujian kelas 5 tahun. Ummi sentiasa mendoakan kejayaan abang adam di dunia dan akhirat. Sangat peramah dan suka berkawan. Rakan niaga ummi yang terbaik. Abang adam dah kenal ABC, Alif Ba Ta, kenal 1 - 100, tambah dan tolak. Dan yang paling ummi bangga walaupun tiada asas agama di tadika, abang adam mampu hafal ✔Doa makan ✔Doa masuk toilet ✔Doa Tidur ✔Berselawat ✔Mengucap 2 kalimah syahadah ✔Surah Al fatihah ✔Surah 3 qul ✔Zikir-zikir ✔Bacaan pendek dalam solat hanya dengan mendengar dari ummi dan ketika kita solat berjemaah. Mungkin orang lain rasa alah apa yang nak dibanggaka

Bagaimana Mahu Redha dan Bersangka Baik Dengan Allah?

Teori Untuk Redha dan Bersangka Baik Dengan Allah Dalam kehidupan seharian baik dalam urusan rumahtangga, kerjaya, bisnes, anak-anak dan orang-orang disekeliling, kita tidak mampu untuk lari dari ujian. Pasti ada ujian dari Allah untuk kita. Bila ujian bertimpa-timpa, pasti ada pertanyaan dari hati... Apakah hati masih mampu bersangka baik denganNya ? Apakah bibir masih mampu mengukir senyuman ? Apakah air mata masih bisa tertahan ? Terlalu banyak persoalan dan jawapan ada pada hati. Terpanggil untuk bercerita, bercerita tentang redha dan bersangka baik. Bersangka pada Allah. Sungguh saya bukan lah manusia tanpa dosa, malah sayalah pendosa tanpa noktah. Namun Allah membentuk saya dengan tarbiah kasih sayangnya. Jujur, bila mana satu-satu ujian hadir, bohong jika saya kata hati ini tidak bertanya Mengapa dan Kenapa saya ? Namun, bila ia selalu hadir, saya belajar dengan sendirinya, belajar untuk lihat segalanya dalam prespektif lebih luas. Jika mahu dihitung air mata