Skip to main content

Jalan Keluar Bagi Anak Yang Derhaka

Ibu bapa
Gambar ihsan google

Jalan Keluar Bagi ANAK YANG DERHAKA

"Sesiapa selalu menderhaka kepada orang tuanya sewaktu orang tuanya masih hidup tetapi kemudian dia selalu berdoa dan memohonkan keampunan untuk orang tuanya apabila salah seorang ataupun kedua-duanya meninggal dunia, nescaya Allah akan mencatatnya sebagai seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya."

- Imam Baihaqi-

Oleh itu, jalan keluar bagi anak yang derhaka kepada ibu bapa selepas mereka meninggal dunia adalah :

1. Selalu mendoakan kebaikan untuk mereka dan memohon Allah mengampunkan dosa-dosa mereka.

2. Melunaskan hutang orang tua sekiranya ada yang belum dibayar.

3. Menunaikan nazar apabila ada nazar mereka yang belum sempat terlaksana.

4. Menjaga kehormatan dan memenuhi sumpah yang pernah mereka ucapkan sewaktu mereka masih hidup.

5. Melakukan segala kebaikan dalam rangka birrul walidaini.

Semoga dengan itu Allah memaafkan segala dosa dan kesalahan kita kepada orang tua kita.

Dalam hadis lain, daripada Abu Hurairah, Nabi berkata,

" Sesiapa yang melunaskan hurang kedua orang tuanya selepas mereka meninggal dunia, menunaikan nazar mereka dan tidak menjadi penyebab mereka dicaci oleh orang lain, maka Allah mencatatnya sebagai anak yang berbakti kepada orang tuanya walaupun dia sering menderhaka kepada ibu bapanya sewaktu mereka masih hidup."

==============================

Hidup ni tak lari dari melakukan kesilapan dan dosa. Kita bukan Rasul Allah yang maksum dari sebarang dosa. Diana sekadar berpesan agar semua kita beroleh kebaikan dan keredhaan Allah SWT.

Semoga memberi manfaat. Hidup ni untuk menyampaikan walaupun sedikit ilmu yang kita pelajari. Bukan menunjuk pandai tetapi berkongsi supaya sama-sama mendapat redha Allah. Diana masih bertatih dalam mencari ilmu Allah.

~NJ Hamba Allah ~
#PesanUmmiUntukAdam

Comments

Popular posts from this blog

Kesilapan Yang Ibu Bapa Patut Elakkan Dalam Mendidik Anak

1. Tidak Pernah Bersalah Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,  "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye ..  Akhirnya si anak pun terdiam. Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah. Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman. Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepa...

Kepentingan Kalsium dan Magnesium Pada Badan

Sangat sedikit masyarakat yang sedar dan tahu kepentingan kalsium dan magnesium pada badan dalam metabolisma tubuh manusia. Magnesium diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh berfungsi dengan baik. Fungsi Magnesium sangat penting. Tetapi kepentingan Magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5 Cent Miracle Tablet” . Mengapa jadi begini?  Selepas Usia 40 Tahun, Kepadatan Tulang Mula Menurun Dengan Cepat Untuk makluman anda, kesan akibat kekurangan magnesium tidak terjadi dalam jangka waktu yang singkat. Kesannya akan dilihat apabila usia anda semakin meningkat tua. Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang dimuatkan di dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa, kesan paling ketara penurunan magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause . Selain itu, apabila keperluan magnesium di dalam badan tidak mencukupi, akan terjadinya denyutan jantung yang t...

Basic H Ni Sama Macam Peluntur Ke?

Ada yang tanya diana, Basic H ni sama macam peluntur ke? Mentang-mentanglah diana pi bubuh gambar teko yg putih selepas menggunakan Basic H,anda ingat Basic H ni peluntur... Ni diana nak citer... Basic H dengan Peluntur berbeza tau. Peluntur sifatnya melunturkan. Anda rendam barang dalam cecair peluntur, maka akan lunturlah segala-galanya termasuklah warna-warna baju sekali. 10 kali rendam dengan peluntur, baju pun koyak sebab dengan benang-benang baju turut lusuh dan luntur. Diana pernah buat ujikaji sejenis peluntur yang dicampur dengan sabun serbuk pencuci baju untuk membersihkan papan pemotong sayur dan sudu. Memang bersih sebab ia bersifat peluntur. Tetapi Peluntur ni sifat dan bahan-bahannya dari bahan kimia yang bertoksik dan tangan kita pun cepat melecet bila terkena peluntur. Bahaya untuk kesihatan. Tetapi Basic H ni bukan bersifat peluntur. Ia cuma memudahkan kerja anda melakukan pembersihan tanpa perlu menyental dengan kuat bagi menghilangkan kerak kuali, karat, kotoran,...