Skip to main content

Ubah Nasib Dengan Ubah Tindakan


Kita boleh ubah nasib dengan ubah tindakan.

Hari ni diana belajar satu lagi perkara yang bermanfaat dari guru diana dan diana nak kongsikan dengan rakan-rakan.

1. Rezeki datang dari Allah.

Rezeki ni datang dalam pelbagai bentuk. Rezeki dapat duit, dapat anak, dapat kerja, dapat jodoh, disayangi ketua, disayangi keluarga, jadi kaya, berjaya dalam urusan kerjaya dan banyak lagi, kesihatan, anak sihat, suami sihat, abah dan mama sihat, anak dapat no.1, anak dapat masuk U. Semuanya rezeki.

Dah tahu rezeki datang dari Allah, kenalah buat baik pada Allah. Buat baik pada Allah lebih mudah dari buat baik pada sesama manusia. Betul kan...

Bagaimana caranya nak buat baik pada Allah?

💖Solat 5 waktu jangan tinggal dan jangan lewat waktu. Bila sampai waktu terus bersegera. Lelaki ke masjid, wanita pula di rumah bersegera solat.

💖Solat sunat untuk cukupkan kekurangan dalam solat wajib ibarat kita suka letak extra cheese bila makan pizza. Kurang cheese mana sedap pizza nya. Sama juga dengan solat kita.

💖 Tahajud setiap malam bagi yang mampu. Siang hari kita telah disibukkan dengan dunia hingga tiada masa untuk beribadah sebaik mungkin terutamanya bagi yang bekerja. Yang jadi surirumah pula disibukkan dengan kerenah anak-anak dan urusan rumahtangga. Hanya di saat semua orang tidur, di kala itu waktu yang paling sunyi dan khusyuk untuk kita beribadah, mengaji, berzikir dan muhasabah diri.

💖 Lakukan Dhuha setiap pagi setidak-tidaknya 4 rakaat. Jika mampu lakukan hingga 12 rakaat. Dhuha ini sedekah dan tanda syukur kita pada Allah yang memberikan nikmat yang tidak terkira banyaknya buat kita. Lakukan dengan ikhlas bukan kerana mengharapkan untuk jadi kaya semata-mata.

💖 Sedekah lah walau sedikit pun setiap hari pada sesama manusia tidak kira warna kulit,  bangsa dan agama. Hatta kepada kucing dan burung sekalipun. Malah tidak akan berkurangan rezeki kita. Malah Allah tambahkan dan lipat gandakan lagi buat kita jika bukan di dunia tapi di akhirat nanti. Kerana itu tujuan kita bersedekah untuk kutip investment di akhirat nanti.

💖Perbanyakkan amalan berzikir, Selawat dan mengaji Al-Quran. Biar bibir kita sentiasa basah dengan menyebut nama Allah supaya tak ada masa nak bercerita tentang orang lain.

💖Sebelum tidur setiap malam, muhasabah diri setiap hari. Ingat kembali apa kebaikan dan keburukan yang telah kita lakukan.

💖 Istighfar banyak-banyak dengan penuh keinsafan dan berjanji pada Allah yang kita tak nak ulangi kesilapan dan dosa lampau.

💖 Usahakan buat Solat Taubat sekerap yang mungkin. Bayangkan selama berpuluh tahun kita hidup di muka bumi Allah ni, dan berapa banyak dosa yang kita kumpul? Bersediakah kita untuk dihakimi oleh Malaikat Mungkar dan Nakir dalam liang lahad? Bersediakah kita untuk HARI PEMBALASAN?

💖 Gembirakan abah dan mama. Bagi mereka duit belanja tiap-tiap bulan walaupun tak banyak tapi konsisten. Paling tidak hadiahkan pahala dari mengaji Al-Quran dan Al fatihah setiap kali selepas solat. Allah sayangkan hambanya yang sayangkan kedua ibubapanya.

Banyak lagi cara kita nak buat baik pada Allah. Allah melihat apa yang kita buat dan Allah mendengar setiap doa dari hati dan mulut kita.

Perbaiki diri, baguskan amalan kebaikan kerana ia mengundang rezeki dengan jalan yang lebih mudah.

2. Usaha dan ikhtiar perlu ada.

Kerana Allah nak kita berusaha untuk dapatkan sesuatu. Allah sangat sayangkan kita. Allah nak beri kita pahala yang banyak atas setiap usaha kita.

Dua ini perlu ada. Kalau hilang satu ia akan pincang.

Jangan pernah berhenti berdoa dan berikhtiar ya 😊

Allah Maha Melihat
Allah Maha Mengasihani
Allah Maha Memberi

Jangan pandang rendah kuasa USAHA.

Mungkin dengan asbab setiap usaha anda, Allah tahu anda bersungguh-sungguh inginkan rezeki yang satu ini. Maka Allah kasihan lalu Allah beri.😊

~ NJ Hamba Allah ~
#PesanUmmiUntukAdam

Comments

Popular posts from this blog

Kesilapan Yang Ibu Bapa Patut Elakkan Dalam Mendidik Anak

1. Tidak Pernah Bersalah Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,  "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye ..  Akhirnya si anak pun terdiam. Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah. Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman. Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepa...

Kepentingan Kalsium dan Magnesium Pada Badan

Sangat sedikit masyarakat yang sedar dan tahu kepentingan kalsium dan magnesium pada badan dalam metabolisma tubuh manusia. Magnesium diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh berfungsi dengan baik. Fungsi Magnesium sangat penting. Tetapi kepentingan Magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5 Cent Miracle Tablet” . Mengapa jadi begini?  Selepas Usia 40 Tahun, Kepadatan Tulang Mula Menurun Dengan Cepat Untuk makluman anda, kesan akibat kekurangan magnesium tidak terjadi dalam jangka waktu yang singkat. Kesannya akan dilihat apabila usia anda semakin meningkat tua. Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang dimuatkan di dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa, kesan paling ketara penurunan magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause . Selain itu, apabila keperluan magnesium di dalam badan tidak mencukupi, akan terjadinya denyutan jantung yang t...

Basic H Ni Sama Macam Peluntur Ke?

Ada yang tanya diana, Basic H ni sama macam peluntur ke? Mentang-mentanglah diana pi bubuh gambar teko yg putih selepas menggunakan Basic H,anda ingat Basic H ni peluntur... Ni diana nak citer... Basic H dengan Peluntur berbeza tau. Peluntur sifatnya melunturkan. Anda rendam barang dalam cecair peluntur, maka akan lunturlah segala-galanya termasuklah warna-warna baju sekali. 10 kali rendam dengan peluntur, baju pun koyak sebab dengan benang-benang baju turut lusuh dan luntur. Diana pernah buat ujikaji sejenis peluntur yang dicampur dengan sabun serbuk pencuci baju untuk membersihkan papan pemotong sayur dan sudu. Memang bersih sebab ia bersifat peluntur. Tetapi Peluntur ni sifat dan bahan-bahannya dari bahan kimia yang bertoksik dan tangan kita pun cepat melecet bila terkena peluntur. Bahaya untuk kesihatan. Tetapi Basic H ni bukan bersifat peluntur. Ia cuma memudahkan kerja anda melakukan pembersihan tanpa perlu menyental dengan kuat bagi menghilangkan kerak kuali, karat, kotoran,...