Assalamualaikum wbt kawan-kawan...😄
Bermula selepas Maghrib nanti kita akan masuk ke Tahun baru dalam kalendar Islam iaitu 1437H. Diana doakan semoga Allah SWT menerima segala amal baik kita sepanjang tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang juga.
Niatkan dalam hati untuk berhijrah menjadi yang lebih baik solatnya, amalannya, sedekahnya, ibadahnya dan sucikan hati kita supaya tiada lagi hasad dengki dan benci membenci. Tanamkan azam untuk lebih banyak berzikir dan menyebut nama Allah daripada mengingati perkara dunia dan mengumpat sesama manusia. In syaa Allah, kita boleh lakukannya dengan izin Allah.
Bagi kawan-kawan muslimah yang diana kasihi, jom jaga aurat kita. Bermula dari saat ni, kita hijrah untuk tutup aurat dan bukan balut aurat sahaja ya😘
Sayangi diri kita wahai muslimah. Anugerah Allah bukan untuk tatapan semua orang. Walau sekaya mana pun kita di dunia punya wang ringgit dan harta yang banyak, jika tak mampu beli pakaian yang menutup aurat, rugilah kita di akhirat nanti.
Yang penting kita yang pilih untuk berubah menjadi lebih baik. Tiada siapa dapat mengubah kita. Tiada hidayah yang dapat masuk jendela hati jika kita tidak pernah berusaha membukanya. Buatlah pilihan yang bijak semasa di dunia untuk kebahagiaan di dunia dan kesenangan di akhirat.
Kat sini juga Diana nak kongsikan Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun untuk kawan-kawan baca petang ni.
Sesiapa yang membaca Doa Akhir Tahun ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Dibaca 3kali selepas Solat Asar. Kalau tak sempat bacalah asalkan belum masuk waktu Solat Maghrib.
Perbanyakkan istighfar petang ni, Semoga dengan amalan istighfar dosa-dosa kita diampunkan Allah dan taubat kita diterima Nya.
Manakala Sesiapa yang membaca Doa Awal Tahun ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Selepas Solat Maghrib nanti jangan pula lupa baca 3 kali Doa Akhir Tahun ni lak ya. Semoga Allah pelihara kita dari melakukan kejahatan, kemungkaran dan kemaksiatan.
Mulakan tahun baru kita dengan perbanyakkan Selawat kepada Baginda Rasulullah SAW. Semoga kita beroleh syafaat baginda dan segala impian kita di dunia dan di akhirat ditunaikan Allah SWT.
~ NJ Hamba Allah ~
#PesanUmmiUntukAdam
Sekiranya anda mengambil ubat statin yang menurunkan kolesterol seperti Lipitor, Zocor, Crestor atau Pravachol dan ingin mengekalkan gaya hidup aktif, hari ni kakD nak bagitau berita penting untuk dikongsi dengan anda semua. Apabila ujian darah menunjukkan tahap kolesterol LDL yang tinggi, kebiasaanya doktor akan memberikan kita ubat statin untuk membantu mengawal paras kolesterol ni. Sememangnya ubat-ubatan ini kelihatan membantu menghasilkan bacaan kolesterol yang lebih stabil selepas itu. tetapi kini ramai pakar mempercayai bahawa ubat statin ini tetap ada side effect yang boleh memberi mudarat untuk kesan jangka panjang. Ubat dari jenis statin ini datang dengan senarai kesan sampingan yang sangat panjang. Kesan sampingan yang dikaitkan dengan ubat statin termasuk dari sakit otot dan diabetes jenis 2 serta kegagalan jantung. Statin Mengurangkan Nutrisi Vital Keperluan Tubuh Anda Secara umumnya ramai yang telah mengetahui bahawa pengambilan statin mengurangk...

Comments
Post a Comment