Skip to main content

8 Manfaat Detox

Detox Untuk Hidup Hebat

8 Manfaat Detox
Ihsan google
Seperti yang anda sedia maklum detox merupakan cara untuk anda boleh mengurangkan toksik berlebihan dalam badan dan mengoptimumkan fungsi organ detox dalam badan anda. Namun bagaimana cara untuk anda memastikan bahawa detox ini betul-betul berkesan? 

Apakah antara sebab khusus anda perlu fokus dalam membersihkan tubuh anda?


1 MENURUNKAN BERAT BADAN
2 MELEGAKAN RASA KEMBUNG DAN MASALAH SEMBELIT (KOLON LEBIH SIHAT)
3 MENINGKATKAN TENAGA
4 MENGAWAL NAFSU MAKAN
5 KULIT LEBIH CANTIK
6 MENGURANGKAN TEKANAN
7 MENGUATKAN SISTEM IMUNISASI
8 TIDUR LEBIH LENA
"Tahukah Anda?
Membersihkan tubuh badan anda daripada toksik dan memenuhi kekosongan itu dengan nutrien yang teratur akan membuatkan minda anda inginkan makanan yang lebih berkhasiat."

KESAN POSITIF DETOX 


Tubuh kita sering terdedah kepada toksin yang datang berpunca daripada persekitaran dalam aktiviti seharian kita, pemakanan yang bernutrisi rendah dan juga tekanan dari gaya hidup kita. Pendedahan yang kerap menganggu kebolehan semula jadi tubuh kita menyingkirkan toksik. Ini mengakibatkan timbunan toksik dan mendorong kepada berbagai masalah kesihatan. Oleh itu, amat penting untuk kita melakukan detox dengan sekerap mungkin. Sekiranya anda mengikuti pelan detox yang terancang dan selamat ia boleh memberikan anda berbagai kesan positif dan antara yang terpenting seperti:

  • PENGURANGAN BERAT BADAN
Tubuh kita sebenarnya berupaya membakar lemak secara semulajadi. Dan dalam tubuh kita ni juga Allah dah lantik 'DNA pemberi signal' ni untuk menjaga kepada kilang lemak. Tetapi disebabkan pengumpulan TOKSIN yang bertempek dengan banyaknya pada gen pemberi signal ni tadi, ia membuatkan sel DNA tersebut kurang berfungsi lantas mengakibatkan lebih banyak lemak terkumpul. Lambat laun, sel lemak baharu ini akan dipenuhi oleh lemak dan toksin yang berlebihan menyebabkannya tidak dapat berfungsi dengan baik malah ia langsung tidak dapat membantu dalam menghasilkan tenaga dan hormon yang elok sebagaimana sel lemak yang baik sepatutnya berfungsi.
  • MELEGAKAN RASA KEMBUNG DAN SEMBELIT UNTUK USUS YANG LEBIH SIHAT
Kerap terjadi duduk dalam tandas hingga kebas kaki sebab sembelit. Lepas tu rasa seperti ingin membuka butang seluar kerana perut rasa sakit dan tidak selesa?
Kekurangan serat dalam pengambilan makanan menyebabkan sisa makanan yang telah diproses gagal untuk dibawa keluar sepenuhnya. Sisa makanan yang dalam bentuk lemak tidak sihat ini akan berkumpul secara perlahan-lahan di dalam usus hingga membuatkannya tersumbat dalam sistem usus termasuklah kolon. Pengumpulan toksin akan mengakibatkan masalah berat susah diturunkan dan anda akan berasa kembung perut malah yang lebih teruk lagi ia akan mengakibatkan anda mendapat penyakit seperti penyakit kolon seperti kanser kolorektum.
Kolon adalah merupakan sistem kumbahan pada badan anda dan ia perlu dibersih serta dikosongkan bagi memastikannya berfungsi seperti biasa. Melalui detoks, anda boleh membersihkan kolon dan bukan sahaja melegakan masalah sembelit, ia juga mendorong kepada sistem pencernaan yang lebih sihat serta membuang sisa dan bahan kimia dari tubuh anda.                                                                                      
  • MEMBERI TENAGA
Tubuh anda mempunyai organ yang melakukan detox dengan sendiri bagi membuang toksin, namun ia memerlukan tenaga yang banyak untuk berfungsi! Jumlah tenaga yang digunakan bergantung kepada jumlah toksin yang diproses olehnya. Kekurangan tenaga akan mengakibatkan anda cepat berasa letih dan ini merupakan tanda bahawa tubuh anda dipenuhi oleh toksin. Dengan detox ia membantu dalam menyokong organ ini untuk mengeluarkan toksin, memberikan tubuh anda lebih tenaga dan stamina untuk anda melakukan pelbagai perkara yang lebih menyeronokkan!
  • MENGURANGKAN NAFSU MAKAN
Membersihkan tubuh anda dari toksin yang tidak sihat serta menggantikannya dengan makanan bernutrisi tinggi akan memberi signal kepada minda untuk menginginkan makan yang sihat dan bernutrisi. 
  • KULIT LEBIH CANTIK
Kulit merupakan organ luaran anda yang terbesar dan ia melambangkan kesihatan dalaman anda. Kulit anda membantu dalam membuang toksin dan kotoran dengan cara berpeluh dan apabila sistem serta kelenjar peluh anda dipenuhi dengan toksin, ia akan mendorong kepada pelbagai masalah kulit yang tidak sihat termaksuklah jerawat. Sekiranya toksin terkumpul lebih cepat dari dibuang, lebih tinggi juga jumlah toksin yang terkumpul dalam darah anda. Detox dapat membuang toksin dari dalam badan anda dan apabila ia tidak lagi terkumpul, anda akan dapat lihat perubahan ketara pada kulit anda.
Cuba bayangkan: Kulit yang bersih, dan bersinar. Siapa yang tidak menginginkannya? 
  • MENGURANGKAN TEKANAN
Tertekan? Adakan toksin benar-benar mempunyai kaitan? Ya: apabila tubuh anda dipenuhi toksin, minda anda akan turut sama tertekan. Apabila toksin terbina dalam tubuh anda, kebolehannya untuk menyerap nutrisi juga akan menurun dan tubuh badan anda semestinya tidak gembira dengan perkara seperti ini. Ia benar-benar menakutkan apabila ia mengeluarkan hormon yang digelar Kortisol untuk memberitahu “Apa masalah dengan badan ni?”. Jadi, jika telah mengeluarkan toksin, anda boleh beritahu semula kepada Kortisol untuk bertenang dan biarkan tubuh anda untuk hilangkan tekanan. Pembersihan dapat memperbaiki ketajaman minda dan membolehkan anda untuk mendapat tidur yang lebih berkualiti.
  • MENGUATKAN SISTEM IMUNISASI
Toksin penyumbang kepada Radikal Bebas. Radikal bebas sering sahaja mencuba untuk mendekati kita serta merosakkan sel dan mendedahkan kita kepada toksin yang membuatkannya dapat membiak secara bebas. Radikal yang jahat ini berusaha keras untuk membinasakan sistem imunisasi badan dan mengakibatkan keradangan. Detox dapat membantu anda untuk menghindari toksin dan kehadiran radikal bebas ini, malah badan anda akan lebih fokus dalam memperkukuhkan lagi sistem pertahanan semula jadinya!
  • TIDUR LEBIH LENA 
Toksin, ibarat besi berat, menggganggu keseimbangan sel normal dan menghasilkan radikal bebas. Radikal bebas, juga mengakibatkan hormon tidur anda meningkat dan mengganggu corak tidur anda dan kadangkala mendorong kepada masalah insomnia. Sokong aktiviti membuang besi berat dari sistem anda ini dengan mendetox. Ia dapat membantu badan anda untuk set semula corak tidur anda. Selepas detoks lihat sahaja bagaimana anda dapat menikmati tidur yang lebih lena dan rehat yang lebih berkualiti.

Detox merupakan langkah penting dalam memperolehi kesihatan keseluruhan yang lebih baik. 
APABILA KITA MENDETOX, KITA SEBENARNYA MEMBUANG RACUN DAN KESEMUA YANG TIDAK BAIK DARIPADA SISTEM TUBUH BADAN KITA.Toksin ini terkumpul di dalam sistem tubuh badan kita setiap kali kita bernafas, bersenam, makan dan minum malah ia terkumpul lebih pantas dari tempoh pembuangan yang dilakukan tubuh badan manusia.
Tahukah Anda?
Jerebu” (pencemaran udara) meningkatkan risiko rakyat Malaysia diserang penyakit semput, jangkitan pada saluran pernafasan, fungsi paru-paru menjadi terhad dan juga kegatalan pada mata dan kulit.

5 Saluran Utama Toksin yang perlu diberikan perhatian


TUBUH BADAN : Setiap hari, tubuh anda juga menghasilkan toksin. Seiring dengan fungsinya untuk menghasilkan tenaga untuk melakukan kerja seharian atau senaman serta aktiviti lain turut mengeluarkan toksin. Tekanan dan bebanan ini mengakibatkan tubuh badan manusia menghasilkan toksin dengan sendirinya.

PEMAKANAN : Makanan yang diproses, mengandungi bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan dan racun serangga biasa terdapat di dalam hidangan harian kita dan ini mendedahkan kita kepada bahan kimia dan toksin.

UDARA : Pencemaran udara yang sering terjadi seperti jerebu meningkatkan lagi risiko rakyat Malaysia diserang penyakit seperti semput, jangkitan pada saluran pernafasan, fungsi paru-paru menjadi terhad dan juga kegatalan pada mata dan kulit.

AIR : Hujan asid, sisa dari pencemaran tanah, dan pelupusan sisa buangan secara besar-besaran telah mencemarkan air kita. Air paip biasa berkemungkinan mengandungi bahan kimia juga besi yang merbahaya dan yang mampu memberi kesan kepada kesihatan seperti tumbesaran terbantut, dan kerosakan organ dalaman.

GAYA HIDUP : Ada juga toksin yang kita sendiri pilih! Rokok, alkohol berlebihan dan pemakanan yang tidak seimbang adalah antara pilihan salah yang telah kita pilih dan menyebabkan toksin menjadi lebih banyak dari yang sedia ada.

KITA HIDUP DI DALAM DUNIA BERACUN


Terdapat banyak toksin yang wujud di dalam persekitaran kita yang datangnya secara semula jadi daripada kandungan bahan kimia dan tiruan; lihat saja pada udara yang anda hirup, air yang anda teguk, peralatan dan perkakas yang anda sering gunakan, juga tempat yang anda selalu berada dan anda akan sedar kehadiran unsur yang bukan semula jadi atau tidak berkhasiat. Secara tidak sedar, toksin-toksin ini, menjadikan tubuh sebagai perumah dan kemudiannya merubah cara ianya berfungsi dengan menjadi yang lebih teruk! Pencemaran dan kesannya seringkali dikaitkan kepada berbagai masalah perubatan malahan meningkatkan risiko diserang pelbagai jenis penyakit. 

TUBUH BADAN MELAKUKAN DETOKSIFIKASI SETIAP MASA


Dalam keadaan normal dan sihat, tubuh anda akan terus mendetoks kesemua benda yang terdedah kepada toksin bagi memastikan ianya kekal bersih. Tubuh anda boleh mendetoks dengan sendirinya. Badan kita telah dilengkapkan dengan organ yang membantu untuk proses detox. Organ ini termasuklah hati, usus (termasuk kolon), buah pinggang, pundi kencing, paru-paru, sistem limpa, dan kelenjar peluh. Organ ini berfungsi membersihkan tubuh atau menyahtoksin bagi memastikan anda kekal sihat. Malahan kulit anda menghasilkan toksin melalui peluh.

organ detoks


PARU-PARU membuang berbagai jenis gas seperti karbon dioksida dari saluran darah anda.

SISTEM LIMPA beroperasi sebagai pembuang sisa paling utama dengan membuang serpihan, patogen, sel darah mati dan toksintoksin yang lain dari tubuh anda. Malah kulit anda juga menyahtoksin melalui kelenjar peluh.

BUAH PINGGANG membuang sisa dan air dari darah dalam bentuk air kencing yang kemudiannya dikeluarkan dari tubuh anda melalui pundi kencing. 

SISTEM PENGHADAMAN meneutralkan pencemaran dan boleh memberitahu beberapa jenis penyakit yang lain yang mungkin anda tidak sedar, manakala usus pula akan menyalur keluar segala sisa dari tubuh anda setiap kali anda melakukan proses pembuangan.

DETOX MEMBANTU TUBUH KEKAL CERGAS


Sekiranya tubuh anda membersihkan dirinya sendiri, mengapa anda perlu detox? 

Anda perlu tahu dengan sokongan nutrisi yang baik, tenaga sistem tubuh anda akan menjadi lebih kuat mendapatkan semula tenaga dan kecergasan, memperbaiki kekuatan mental untuk kekal fokus dan menurunkan berat badan anda agar tampak lebih baik, sihat dan segar! 

8 Manfaat Detox
Ibaratkan diri anda seperti sebuah kereta, di mana ia memerlukan minyak untuk kekal bergerak, namun, sehebat mana pun kereta itu, lambat laun ia tetap akan mengalami kerosakan. Bagi mengekalkan prestasi di peringkat optimum, ia perlu diservis dan dibersihkan serta diganti minyak hitam dan tayarnya. 

Samalah dengan badan kita. Tanpa bantuan tambahan, badan anda mungkin akan dipenuhi toksin dan kesihatan anda akan turut terjejas. Semakin lama toksin terkumpul dalam tubuh, semakin tinggi kebarangkalian ia akan melumpuhkan organ dan memudaratkan fungsi tubuh anda. 

Detox ini bererti kita mengurangkan beban toksik yang terkumpul di dalam badan dan mengekalkan pretasi organ detoks di dalam badan kita ini. 

Dibawah ini adalah Checklist untuk anda gunakan sebagai skala pengukur tahap kesihatan sama ada tubuh anda perlukan DETOX. Sekiranya anda rasa anda bersedia untuk DETOX, boleh hubungi kak diana untuk kak diana bantu. 

8 Manfaat Detox

Sudahkah anda periksa senarai semak dan Adakah anda bersedia untuk permulaan yang baru dengan Shaklee?


Set Detox Shaklee boleh diambil setiap hari sebagai supplemen pemakanan yang berzat dan ia juga membantu dalam menangani sisa toksik berlebihan di dalam tubuh yang berpotensi memberi kesan buruk akibat tekanan oksida. Sekiranya anda melakukannya mengikut saranan, anda pasti memperoleh pelbagai kebaikan melalui program detoks ini antaranya seperti sistem penghadaman yang sihat, kulit yang lebih cantik dan bentuk tubuh yang elok.

Set Detox Shaklee tidak seperti produk pencuci kolon atau laksatif, Solusi Menyeluruh Set Detox Shaklee menggunakan gabungan herba-herba dan nutrien semula jadi bagi menyokong proses detoksifikasi semula jadi. Mari kita lihat 5 produk di dalam set ini yang membantu memberi anda permulaan yang lebih segar!

Alfalfa Complex mengandungi pelbagai nutrien, Alfalfa mempunyai akar sepanjang 6 meter yang masuk ke dalam tanah bagi mencari nutrien dan mineral, manakala daunnya pula mampu mengumpul sejumlah besar klorofil melalui proses fotosintesis. Ia juga mempunyai rangkaian nutrien yang sangat luas, termasuk kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, klorofil, bioflavonoids, mineral serta vitamin.

Peppermint Ginger Plus membekalkan herba semula jadi seperti pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk membantu melegakan serta meredakan sistem penghadaman anda.

DTX™ Complex formulasi unik hasil ekstrak benih milk thistle, cendawan reishi, skizandra cinensis, dandelion, kekunyit, dan articok. DTX Complex adalah tonik yang direka khas bagi memberi sokongan nutrisi untuk hati berfungsi secara sihat dengan cara melindungi serta memastikan kebolehan tubuh manusia berfungsi seperti normal dalam mengekalkan hati yang sihat.

Herb-Lax™ adalah campuran proprietari yang dipertingkatkan dan ditambah lagi dengan daun senna, di mana secara tradisinya ia digunakan sebagai laksatif semula jadi, Herb-LaxTM berkebolehan membantu ketidakaturan yang berlaku pada tempoh tertentu. Ia menggalakkan pergerakan usus untuk memperbaiki proses pembuangan semula jadi tubuh.

Vivix® Ramuan lazat yang kaya dengan polifenol, iaitu sejenis phytokimia berasaskan dari tumbuhan yang membantu menjaga kepentingan sel anda. Vivix dihasilkan dari campuran botanic Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberry Eropah dan Lobak ungu. Campuran proprietari Vivix adalah berasaskan anggur muscadine menggunakan proses ekstrak yang berpaten.

Set Detox Shaklee

RAKAN SHAKLEE ANDA
Nordiana Binti Jamil (Kak Diana @ Ummi Adam)
SMS / WHATSAPP : +60146928253
FB : Nordiana Jamil
Instagram : @nordianajamil

Salam Sayang Ummi Adam




RUJUKAN:

1. Arsenescu, V., Arsenescu, R. I., King, V., Swanson, H., & Cassis, L. A. (2008). Polychlorinated biphenyl-77 induces adipocyte differentiation and proinflammatory adipokines and promotes obesity and atherosclerosis. Environ Health Perspect , 761-768.
2. GrĂ¼n , F., & Blumberg, B. (2006). Environmental obesogens: organotins and endocrine disruption via nuclear receptor signaling. Endocrinology, 50-55.
3. Grun, F. (2014). A Theory of How Chemicals Cause Obesity Curr Opin Endocrinol Diabetes Obes. Curr Opin Endocrinol Diabetes Obes, 453-459.
4. Matsumura, F., & Moreno-Aliaga, M. J. (2002). Effects of 1,1,1-trichloro-2,2- bis(p-chlorophenyl)-ethane (p,p’-DDT) on 3T3-L1 and 3T3-F442A adipocyte differentiation. Biochem Pharmacol, 997-1007.
5. Olsen , H., Enan, E., & Matsumura, F. (1998). 2,3,7,8-Tetrachlorodibenzo-p-dioxin mechanism of action to reduce lipoprotein lipase activity in the 3T3-L1 preadipocyte cell line. J Biochem Mol Toxicol, 29-39.
6. Michael Berk, Lana J Williams, Ana C Andreazza, Julie A Pasco, Seetal Dodd, Felice N Jacka, Steven Moylan, Eric J Reiner, Pedro V S Magalhaes. 2014. Pop, heavy metal and the blues: secondary analysis of persistent organic pollutants (POP), heavy metals and depressive symptoms in the NHANES National Epidemiological Survey. BMJ Open.
7. Romilly, E., Hodges , & Minich, D. M. (2015). Modulation of Metabolic Detoxification Pathways Using Foods and Food-Derived Components: A Scientific Review with Clinical Application. Journal of Nutrition and Metabolism, 23.
8. Marth E, E., Jelovcan , S., Kleinhappl , B., Gutschi , A., & Barth, S. (2001). The effect of heavy metals on the immune system at low concentrations. Int J Occup Med Environ Health, 375-86.
9. Reiter J. R., Manchester C. L., Dun-Xian T. 2010. Neurotoxins: Free Radical Mechanisms and Melatonin Protection. Curr Neuropharmacol: 194–210.

Comments

Popular posts from this blog

Petua Cantik Dengan Bahan-Bahan Dapur

Bahan-Bahan Yang Boleh Dapat Dari Dapur Semalam tengok Wanita Hari ini (WHI). Tajuk utama WHI semalam Petua Cantik Dengan Bahan-Bahan Dapur. Layan jer lah. Menurut Diana Rafar, petua ini khas turun-temurun dari warisan keluarganya. Dan dia sendiri memang amalkan mandi air rebusan herba paling tidak dua kali seminggu. Paling tidak pun akan bersauna dengan menggunakan air mandian rebusan herba tu. Elok juga mandi air rebusan herba ni semasa demam, selsema dan batuk sebab membantu mempercepatkan proses untuk sihat.  Ramuan herba dan semulajadi yang fresh ni memang banyak khasiatnya. Cuma kebanyakkan kita orang muda zaman sekarang tidak tahu kaedah yang betul. Kalau nak tahu, lengkuas mempunyai khasiat untuk menambahkan selera makan, membersihkan darah, mencairkan kahak, meransang otot dan banyak digunakan sebagai bahan menguatkan tenaga. Dari pengalaman diana sendiri, amalan minum air halia, mandian air rebusan herba, urutan dan berlulur menjadikan badan kita rasa lebih segar

Dia Yang Pertama

Terasa cepat nya masa berlalu. Dia yang pertama menghuni rahim ini. Dia yang pertama memanggilku ummi. Dia yang selalu memberi senyuman dan pelukan saat ummi berduka. Dia yang tak kenal erti dendam walaupun sering dimarahi. Tiada yang kedua buat ummi. Insan yang banyak mengajar ummi erti kehidupan bergelar ibu. Minggu ni minggu terakhir abang adam menduduki ujian kelas 5 tahun. Ummi sentiasa mendoakan kejayaan abang adam di dunia dan akhirat. Sangat peramah dan suka berkawan. Rakan niaga ummi yang terbaik. Abang adam dah kenal ABC, Alif Ba Ta, kenal 1 - 100, tambah dan tolak. Dan yang paling ummi bangga walaupun tiada asas agama di tadika, abang adam mampu hafal ✔Doa makan ✔Doa masuk toilet ✔Doa Tidur ✔Berselawat ✔Mengucap 2 kalimah syahadah ✔Surah Al fatihah ✔Surah 3 qul ✔Zikir-zikir ✔Bacaan pendek dalam solat hanya dengan mendengar dari ummi dan ketika kita solat berjemaah. Mungkin orang lain rasa alah apa yang nak dibanggaka

Bagaimana Mahu Redha dan Bersangka Baik Dengan Allah?

Teori Untuk Redha dan Bersangka Baik Dengan Allah Dalam kehidupan seharian baik dalam urusan rumahtangga, kerjaya, bisnes, anak-anak dan orang-orang disekeliling, kita tidak mampu untuk lari dari ujian. Pasti ada ujian dari Allah untuk kita. Bila ujian bertimpa-timpa, pasti ada pertanyaan dari hati... Apakah hati masih mampu bersangka baik denganNya ? Apakah bibir masih mampu mengukir senyuman ? Apakah air mata masih bisa tertahan ? Terlalu banyak persoalan dan jawapan ada pada hati. Terpanggil untuk bercerita, bercerita tentang redha dan bersangka baik. Bersangka pada Allah. Sungguh saya bukan lah manusia tanpa dosa, malah sayalah pendosa tanpa noktah. Namun Allah membentuk saya dengan tarbiah kasih sayangnya. Jujur, bila mana satu-satu ujian hadir, bohong jika saya kata hati ini tidak bertanya Mengapa dan Kenapa saya ? Namun, bila ia selalu hadir, saya belajar dengan sendirinya, belajar untuk lihat segalanya dalam prespektif lebih luas. Jika mahu dihitung air mata