Skip to main content

Roti Cheese Berudang Untuk Kanak-Kanak

Roti Cheese Berudang


Bahan-bahan :


200g isi udang/ daging (ikut citarasa)
4 keping roti putih
1 sudu besar mayonis
10g daun bawang (dihiris nipis)
1/2 biji bawang besar holland (dicincang)
3 sudu besar butter
100g mozarela cheese
garam secukup rasa

Cara Penyediaan :


1. Campurkan isi udang/daging yang telah dicincang bersama mayonis, daun bawang, bawang besar, cheese, dan garam. Gaul hingga sebati.

2. Potong roti bentuk segi tiga dan sapukan adunan tadi sama rata. Roti tu kalau nak potong boleh tak nak potong pun boleh. Ikut citarasa masing-masing.

3. Panaskan frying pan dan masukkan butter.

4. Bila butter dah cair, goreng roti dengan bahagian yang berinti ke bawah dahulu.

5. Goreng hingga garing pada kedua-dua belah. Butter menjadikan hidangan roti lebih wangi dan enak.

"Until one becomes a mother, no one can ever tell you what it will feel like to love someone else so deeply and profoundly that you will rejoice when they rejoice, ache when they ache, feel what they feel even, without ever speaking a word."

Comments

Popular posts from this blog

Dia Yang Pertama

Terasa cepat nya masa berlalu. Dia yang pertama menghuni rahim ini. Dia yang pertama memanggilku ummi. Dia yang selalu memberi senyuman dan pelukan saat ummi berduka. Dia yang tak kenal erti dendam walaupun sering dimarahi. Tiada yang kedua buat ummi. Insan yang banyak mengajar ummi erti kehidupan bergelar ibu. Minggu ni minggu terakhir abang adam menduduki ujian kelas 5 tahun. Ummi sentiasa mendoakan kejayaan abang adam di dunia dan akhirat. Sangat peramah dan suka berkawan. Rakan niaga ummi yang terbaik. Abang adam dah kenal ABC, Alif Ba Ta, kenal 1 - 100, tambah dan tolak. Dan yang paling ummi bangga walaupun tiada asas agama di tadika, abang adam mampu hafal ✔Doa makan ✔Doa masuk toilet ✔Doa Tidur ✔Berselawat ✔Mengucap 2 kalimah syahadah ✔Surah Al fatihah ✔Surah 3 qul ✔Zikir-zikir ✔Bacaan pendek dalam solat hanya dengan mendengar dari ummi dan ketika kita solat berjemaah. Mungkin orang lain rasa alah apa yang nak dibanggaka...

CoQ10 Shaklee Meningkatkan Kesihatan Jantung

Sekiranya anda mengambil ubat statin yang menurunkan kolesterol seperti Lipitor, Zocor, Crestor atau Pravachol dan ingin mengekalkan gaya hidup aktif, hari ni kakD nak bagitau berita penting untuk dikongsi dengan anda semua. Apabila ujian darah menunjukkan tahap kolesterol LDL yang tinggi, kebiasaanya doktor akan memberikan kita ubat statin untuk membantu mengawal paras kolesterol ni. Sememangnya ubat-ubatan ini kelihatan membantu menghasilkan bacaan kolesterol yang lebih stabil selepas itu. tetapi kini ramai pakar mempercayai bahawa ubat statin ini tetap ada side effect yang boleh memberi mudarat untuk kesan jangka panjang. Ubat dari jenis statin ini datang dengan senarai kesan sampingan yang sangat panjang.  Kesan sampingan yang dikaitkan dengan ubat statin termasuk dari sakit otot dan  diabetes jenis 2 serta kegagalan jantung. Statin Mengurangkan Nutrisi Vital Keperluan Tubuh Anda Secara umumnya ramai yang telah mengetahui bahawa pengambilan statin mengurangk...

Petua Cantik Dengan Bahan-Bahan Dapur

Bahan-Bahan Yang Boleh Dapat Dari Dapur Semalam tengok Wanita Hari ini (WHI). Tajuk utama WHI semalam Petua Cantik Dengan Bahan-Bahan Dapur. Layan jer lah. Menurut Diana Rafar, petua ini khas turun-temurun dari warisan keluarganya. Dan dia sendiri memang amalkan mandi air rebusan herba paling tidak dua kali seminggu. Paling tidak pun akan bersauna dengan menggunakan air mandian rebusan herba tu. Elok juga mandi air rebusan herba ni semasa demam, selsema dan batuk sebab membantu mempercepatkan proses untuk sihat.  Ramuan herba dan semulajadi yang fresh ni memang banyak khasiatnya. Cuma kebanyakkan kita orang muda zaman sekarang tidak tahu kaedah yang betul. Kalau nak tahu, lengkuas mempunyai khasiat untuk menambahkan selera makan, membersihkan darah, mencairkan kahak, meransang otot dan banyak digunakan sebagai bahan menguatkan tenaga. Dari pengalaman diana sendiri, amalan minum air halia, mandian air rebusan herba, urutan dan berlulur menjadikan badan kita rasa lebih s...