Skip to main content

Kisah bagaimana RM10 menjadi RM500 Dibalas Dalam 24 Jam!

Kisah bagaimana RM10 menjadi RM500 Dibalas Dalam 24 Jam!
Keajaiban sedekah

Kelihatan seorang lelaki muda menghala ke rumah saya. Ketika itu pintu hadapan rumah terbuka luas, kerana saya baru sahaja masuk ke dalam setelah selesai menjemur kain. Pagi sebelumnya cuaca mendung, juga dua hari sebelumnya. Semua kain yang masih lembap saya bawa keluar. Ambil peluang.


Saya perhatikan dia dari dalam rumah. Lelaki berkopiah hijau berbelang putih. Kulitnya agak gelap. Ada sekeping fail dikepit di ketiak kanannya, sedang tangan kirinya pula memegang resit berwarna merah jambu. Dia datang dari arah jalan besar dan menuju ke rumah saya. Melihat penampilannya, saya seolah-olah dapat menduga hajatnya. Saya menuju ke muka pintu.

“Assalamualaikum bang, minta derma,” katanya seraya menunjukkan fail yang dikepitnya kepada saya.

“Derma?...awak dari mana?” Tanya saya pura-pura tidak tahu. Padahal di fail itu sudah tertera nama sebuah sekolah pondok. Alamatnya dari selatan Thailand.

Dia tersengih. Saya segera mencapai not merah di dalam poket baju dan menyerahkan kepadanya. Lantas dia mengoyakkan sekeping resit berwarna merah jambu, dan menyerahkannya kepada saya. Kemudian dia terus berpusing dan berjalan menuju ke arah jalan besar tadi.

“Abang ni, kalau hendak menderma pun, ikut kemampuan kita bang. Ani sudah sediakan duit kecil,” sapa isteri saya apabila sahaja saya berpatah balik ke muka pintu. Rupa-rupanya sejak tadi isteri memerhatikan gelagat kami berdua.

“Betul, tapi duit sepuluh ringgit itu, rasa-rasanya sudah tiga hari berada dalam poket baju abang ni. Tidak terlintas sedikit pun abang mahu gunakan duit tu. Hari ni ringan sahaja tangan abang serahkan kepadanya, rupa-rupanya rezeki dia,” balas saya perlahan.

“Janganlah bimbang. Sama ada dia benar-benar mewakili sekolah itu atau Cuma berlakon mengutip derma bagi pihak sekolah tersebut, bukanlah urusan kita. Itu urusan antara dia dengan Allah. Sunnahnya apabila ada orang datang meminta, kita mesti beri. Jika tidak mampu, doakan kebaikan untukknya.

“Matematik makhluk sangat berbeza dengan matematik Allah. Allah janji, sedekah adalah asbab suburnya harta. Malah sedekah juga boleh menghindar bala. Kita niatkan sedekah, ya” pujuk saya.

“Matematik Allah? Bagaimana tu bang?”

“Logik akal mengatakan sepuluh tolak satu sama dengan Sembilan. Namun apabila kita niatkan sedekah kerana Allah, sepuluh tolah satu sama dengan Sembilan belas. Itulah janji Allah, yang mana Dia akan menggandakan sekurang-kurangnya sepuluh kali ganda.”

Isteri saya tersenyum. Sudah faham barangkali.

Jauh di lubuk hati saya sangat yakin dengan janji Allah itu. Allah telah membuktikan janjinya kepada saya berkali-kali.

“Dan janji Allah adalah benar sepanjang zaman,”bisik hati saya.

Esoknya saya menerima panggilan dari bekas majikan. Sebenarnya saya sudah berhenti kerja sebulan sebelumnya. Melalui panggilan telefon itu, saya segera maklum nahawa pertolongan diperlukan. Saya diminta membuat sedikit rundingan dengan seseorang. Saya tidak menolak biarpun bukan lagi pekerjanya. Pada masa itu niat saya memang hanya membantu. Saya fikir pertolongan tersebut boleh dijadikan penebus salah dan silap saya. Iaitu kalau-kalau semasa bekerja dulu, saya ada terguna masa kerja untuk urusan peribadi. Begitulah yang saya fikirkan.

Lagipun kerja yang dimaksudkan senang sahaja. Sekadar semjadi wakil menerima wang bagi pihak majikan daripada seorang klien. Selesai sahaja urusan, saya diberi lima ratus ringgit, tunai! Sungguh saya tidak sangka. Terus saya teringatkan sedekah semalam. Nampaknya sepukuh ringgit yang disedekahkan semalam dibalas dengan berlipat ganda oleh Allah. Ya, hanya dalam tempoh 24 jam!

Maha suci Allah yang tidak pernah memungkiri janji.


Sumber : Mudahnya Menjemput Rezeki

Salam Sayang Ummi Adam



Comments

Popular posts from this blog

Kesilapan Yang Ibu Bapa Patut Elakkan Dalam Mendidik Anak

1. Tidak Pernah Bersalah Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,  "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye ..  Akhirnya si anak pun terdiam. Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah. Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman. Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepa...

Kepentingan Kalsium dan Magnesium Pada Badan

Sangat sedikit masyarakat yang sedar dan tahu kepentingan kalsium dan magnesium pada badan dalam metabolisma tubuh manusia. Magnesium diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh berfungsi dengan baik. Fungsi Magnesium sangat penting. Tetapi kepentingan Magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5 Cent Miracle Tablet” . Mengapa jadi begini?  Selepas Usia 40 Tahun, Kepadatan Tulang Mula Menurun Dengan Cepat Untuk makluman anda, kesan akibat kekurangan magnesium tidak terjadi dalam jangka waktu yang singkat. Kesannya akan dilihat apabila usia anda semakin meningkat tua. Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang dimuatkan di dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa, kesan paling ketara penurunan magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause . Selain itu, apabila keperluan magnesium di dalam badan tidak mencukupi, akan terjadinya denyutan jantung yang t...

Basic H Ni Sama Macam Peluntur Ke?

Ada yang tanya diana, Basic H ni sama macam peluntur ke? Mentang-mentanglah diana pi bubuh gambar teko yg putih selepas menggunakan Basic H,anda ingat Basic H ni peluntur... Ni diana nak citer... Basic H dengan Peluntur berbeza tau. Peluntur sifatnya melunturkan. Anda rendam barang dalam cecair peluntur, maka akan lunturlah segala-galanya termasuklah warna-warna baju sekali. 10 kali rendam dengan peluntur, baju pun koyak sebab dengan benang-benang baju turut lusuh dan luntur. Diana pernah buat ujikaji sejenis peluntur yang dicampur dengan sabun serbuk pencuci baju untuk membersihkan papan pemotong sayur dan sudu. Memang bersih sebab ia bersifat peluntur. Tetapi Peluntur ni sifat dan bahan-bahannya dari bahan kimia yang bertoksik dan tangan kita pun cepat melecet bila terkena peluntur. Bahaya untuk kesihatan. Tetapi Basic H ni bukan bersifat peluntur. Ia cuma memudahkan kerja anda melakukan pembersihan tanpa perlu menyental dengan kuat bagi menghilangkan kerak kuali, karat, kotoran,...