APA ITU PCOS ?
Polycystic Ovary Syndrome (PCOS)
![]() |
Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) |
Sindrom ovarium polikistik (PCOS) adalah gangguan hormon yang biasa berlaku di kalangan wanita usia reproduktif. Wanita yang mempunyai PCOS mungkin mempunyai tempoh haid yang jarang atau berpanjangan atau tahap hormon lelaki (androgen) yang berlebihan. Ovari boleh menghasilkan banyak koleksi cecair (folikel) yang kecil dan gagal untuk melepaskan ovum secara teratur.
Individu yang mengalami PCOS, dindingnya adalah lebih tebal dari individu normal disebabkan kegagalan untuk melepaskan ovum secara teratur.
Punca sebenar PCOS masih tidak diketahui. Kebiasaannya rawatan awal para doktor adalah dengan mengambil sampel ujian darah dan menyarankan individu tersebut untuk menurukan berat badan. Penurunan sebanyak 5% juga sudah sangat membantu. Selepas penurunan 5% doktor akan mengambil semula ujian untuk melihat perkembangan PCOS.
Penurunan berat badan oleh individu yang ada PCOS boleh mengurangkan risiko komplikasi jangka panjang seperti diabetes type 2 dan penyakit jantung.
SIMPTOM
Tanda-tanda dan gejala-gejala PCOS kerap terjadi selepas haid pertama sebaik sahaja akil baligh. Adakalanya PCOS berkembang agak lambat, apabila terdapat peningkatan berat badan. Oleh sebab itu kebanyakkan individu yang mengalami PCOS adalah individu yang gemuk dan obesiti. Jarang sekali ada kes individu kurus yang mengidap PCOS. Bukannya tak ada, tapi sangat jarang.
Tanda dan gejala PCOS berbeza-beza mengikut individu. Diagnosis PCOS dibuat apabila anda mengalami sekurang-kurangnya dua tanda ini :
- Haid tidak teratur - Pusingan haid yang tidak teratur, jarang berlaku atau berpanjangan adalah tanda PCOS yang paling biasa. Sebagai contoh, anda mungkin mempunyai kurang daripada sembilan kali pusingan haid dalam tempoh setahun atau lebih daripada 35 hari antara tempoh haid dan mengalami haid yang tidak normal iaitu darah keluar lebih banyak dari orang biasa.
- Hormon androgen lebih banyak - Peningkatan hormon lelaki dalam badan yang boleh dilihat tanda-tanda fizikalnya seperti rambut yang berlebihan pada pipi seperti janggut dan misai, bulu kaki yang lebat dan kasar, bulu pada dada dan sekitar pusat, dan kadang-kadang jerawat yang teruk serta mengalami masalah botak seperti lelaki.
- Ovari polikistik (Polycystic Ovary) - Dinding ovari yang tebal dan didalamnya terdapat banyak cyst kecil-kecil yang menyebabkan kegagalan ovari untuk berfungsi secara normal.
Tanda dan gejala PCOS biasanya akan lebih teruk jika individu tersebut gemuk dan obesiti. Sebab itu, doktor biasanya sarankan individu untuk menurunkan berat badan dan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat.
Bila SayaPerlu Berjumpa Doktor ?
Berjumpalah doktor untuk pemeriksaan yang lebih terperinci jika anda mempunyai kebimbangan mengenai haid, jika mengalami ketidaksuburan atau jika anda mempunyai tanda-tanda androgen yang berlebihan seperti ciri-ciri fizikal seorang lelaki seperti yang saya terangkan di atas.
PUNCA PCOS
Punca sebenar PCOS tidak diketahui tetapi faktor-faktor yang mungkin memainkan peranan punca PCOS termasuklah :
- Insulin berlebihan. Insulin adalah hormon yang dihasilkan dalam pankreas yang membolehkan sel-sel menggunakan gula sebagai bekalan tenaga utama badan. Jika sel-sel badan menolak dan tidak membuka pintunya untuk insulin, kadar gula darah akan tinggi dan badan anda mungkin menghasilkan lebih banyak insulin. Insulin yang berlebihan mungkin meningkatkan pengeluaran androgen, menyebabkan kesukaran untuk ovulasi.
- Keradangan gred rendah (Low-grade inflammation). Istilah ini digunakan untuk menggambarkan pengeluaran bahan-bahan darah putih untuk melawan jangkitan. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa wanita dengan PCOS mempunyai jenis keradangan rendah yang merangsang ovari polikistik untuk menghasilkan androgen, yang boleh menyebabkan masalah jantung dan saluran darah.
- Keturunan. Penyelidikan menunjukkan bahawa gen tertentu dalam badan mungkin dikaitkan dengan PCOS. Saya ambil contoh, sekiranya ada ahli keluarga terdekat yang pernah mendapat penyakit kanser atau PCOS, maka anda berkemungkinan besar untuk dapat penyakit yang sama.
- Hormon androgen yang tinggi dan berlebihan. Pengeluaran hormon androgen yang berlebihan oleh ovari menyebabkan ada ciri-ciri fizikal seperti lelaki.
Komplikasi PCOS
Antara komplikasi PCOS boleh termasuk:
- Kemandulan
- Kencing manis atau tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh kehamilan
- Keguguran atau kelahiran pramatang
- Steatohepatitis tanpa alkohol - keradangan hati yang teruk yang disebabkan oleh pengumpulan lemak dalam hati
- Sindrom metabolik - sekumpulan keadaan termasuk tekanan darah tinggi, gula darah tinggi, dan paras kolestrol yang tidak normal atau trigliserida yang dapat meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular
- Kencing manis jenis 2 atau prediabetes
- Apnea tidur
- Kemurungan, gemuruh, gangguan kebimbangan dan gangguan pada selera makan
- Pendarahan rahim yang tidak normal
- Kanser lapisan rahim (kanser endometrium)
Diagnosis
Tiada ujian khusus untuk mengenal pasti PCOS secara pasti. Doktor anda mungkin bermula dengan perbincangan sejarah perubatan anda, termasuk tempoh haid dan perubahan berat badan anda. Pemeriksaan fizikal termasuk pemeriksaan tanda-tanda pertumbuhan rambut yang berlebihan, ketahanan insulin dan jerawat.
Doktor mungkin mengesyorkan:
- Pemeriksaan pelvik. Doktor akan melakukan pemeriksaan secara manual memeriksa organ-organ peranakkan anda sekiranya terdapat sebarang ketumbuhan yang tidak normal.
![]() |
Pemeriksaan pelvik |
- Ujian darah. Darah anda boleh dianalisis untuk mengukur tahap hormon. Ujian ini boleh mengecualikan kemungkinan penyebab kelainan haid atau kelebihan androgen yang meniru PCOS. Ujian darah tambahan juga dibuat untuk mengukur toleransi glukosa dan tahap kolesterol dan trigliserida dalam darah.
- Transvaginal Ultrasound. Doktor akan memeriksa keadaan ovari dan ketebalan lapisan rahim anda. Alat wandlike (transduser) diletakkan di dalam vagina. Transduser akan mengeluarkan gelombang bunyi yang akan diterjemahkan ke dalam imej pada skrin komputer.
![]() |
Transvaginal Ultrasound |
RAWATAN PCOS
Kebiasaannya rawatan PCOS memberi tumpuan kepada masalah ketidaksuburan, hirsutism (keadaan fizikal seperti lelaki), jerawat atau obesiti. Rawatan khusus mungkin melibatkan perubahan gaya hidup secara sihat atau pengambilan ubat.
PERUBAHAN GAYA HIDUP
Doktor akan mengesyorkan penurunan berat badan melalui diet rendah kalori yang digabungkan dengan aktiviti senaman sederhana. Penurunan berat badan yang sederhana contohnya, kehilangan 5 peratus dari berat badan anda berkemungkinan dapat meningkatkan kesihatan rahim. Kehilangan berat badan juga boleh meningkatkan keberkesanan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor malah ia membantu dengan masalah kesuburan.
GAYA HIDUP DAN PEMAKANAN
Untuk membantu mengurangkan kesan PCOS disarankan :
- Mengekalkan berat badan yang sihat. Berat badan yang berkurangan boleh mengurangkan kadar insulin dan androgen serta mengembalikan kitaran ovulasi yang normal.
- Hadkan pengambilan karbohidrat. Pengambilan karbohidrat boleh meningkatkan tahap insulin. Insulin yang tinggi tidak elok untuk individu yang ada PCOS. Bagi anda yang ada PCOS adalah disarankan untuk mengamalkan diet rendah lemak dan diet karbohidrat kompleks, yang mana ia akan meningkatkan paras gula darah dengan lebih perlahan. Sumber makanan yang tergolong dalam kategori karbohidrat kompleks ialah beras merah, roti gandum, kentang rebus, Cereal gandum, bubur oats, biji-bijian dan kekacang.
- Jadi lebih aktif dan rajin bersenam. Dengan bersenam ia akan membantu menurunkan paras gula dalam darah. Sekiranya anda mempunyai PCOS, dengan menjalani kehidupan yang lebih aktif dan kerap bersenam mampu merawat atau menghalang masalah rintangan insulin. Apabila insulin lebih mudah diserap oleh sel-sel darah, ia dapat membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah kencing manis.
RAWATAN ALTERNATIF PCOS
Penurunan berat badan, gaya hidup sihat serta pemakanan yang sihat membantu dalam mengurangkan masalah PCOS. Walaupun hanya dengan penurunan sebanyak 5% ia memberi impak yang besar buat indidu yang ada PCOS.
Resveratrol menstabilkan gula dalam darah. Dari kajian Resveratrol terbukti membantu mengaktifkan sekumpulan protein mitokondria dalam keluarga sirtuin, dan khususnya (SIRT1). Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pengaktifan sirtuin ini menghasilkan peningkatan tahap tenaga sel mitokondria dalam badan. Ini memainkan peranan besar dalam pengeluaran tenaga, metabolisme lemak dan gula dan menstabilkan gula dalam darah. Dengan gula darah yang lebih baik badan lebih mampu mengawal insulin dan hormon lain yang mengurangkan keradangan dan meningkatkan pembakaran lemak.
Resveratrol Membantu Kematian Sel dalam Sel-sel Kanser. Dari kajian Resveratrol telah dibuktikan mampu menghapuskan faktor nuklear Kappa Beta (NF-KB). NF-KB adalah sejenis keradangan utama (induk) yang menjadi punca dan agen kepada pertumbuhan kanser dalam tisu.
Resveratrol bertindak terhadap NF-KB dengan menghalang aktivitinya serta membenarkan proses sistem imun berlaku secara normal untuk mencetuskan kematian sel sel (apoptosis). Kesan resveratrol untuk menghalang apoptosis dalam sel-sel kanser adalah sangat berkesan sehinggakan para penyelidik menganalisis peranan resveratrol sebagai agen kemoterapi.
Vivix dan CoQ Trol Plus adalah dua produk Shaklee yang mengandungi resveratrol. Saiz hidangan resveratrol untuk setiap hidangan adalah 100mg untuk Vivix dan 2mg untuk CoQ Trol Plus.
![]() |
Vivix |
Bagi individu yang merancang untuk kehamilan tetapi ada masalah PCOS, boleh usaha dengan mengambil Vivix dan CoQ Trol Plus.
![]() |
CoQ-Trol Plus |
![]() |
Kandungan dalam CoQ-Trol Plus |
Selain bertindak sebagai antioksidan yang kuat untuk memerangi tekanan oksidatif, CoQ10 juga menyokong sistem pembiakan sihat dengan meningkatkan tenaga dalam sperma dan ovum. Rangsangan CoQ10 membantu
- meningkatkan jumlah sperma yang sihat
- meningkatkan pergerakan sperma
- meningkatkan kualiti ovum
![]() |
Omegaguard dan Herblax |
Penurunan berat badan secara sihat juga sangat dititik beratkan dalam proses kesembuhan dan rawatan PCOS. Pengambilan Omegaguard Shaklee sangat membantu dalam hal ini. Jom kita lihat apa pula fungsi Omegaguard dan bagaimana ia membantu dalam penurunan berat badan.
Mengawal Atur Tahap Lemak Badan Yang Sihat. Simpanan lemak yang berlebihan dalam badan merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan berat badan. Kajian menunjukkan bahawa Omega-3 dapat membantu kita mencapai tahap lemak badan yang sihat kerana ia:
- Meningkatkan kadar metabolik - kadar kalori badan yang anda bakar dalam sehari.
- Meningkatkan kadar pembakaran lemak.
- Meningkatkan peredaran darah ke otot-otot badan semasa bersenam dan menambahkan keupayaan tubuh untuk membakar lebih banyak lemak.
- Mengawal paras lemak yang sihat yang terkumpul dari pemakanan harian kita.
Menyeimbangkan Rasa Kenyang. Dua hormon utama iaitu ghrelin dan leptin berperanan
- Mengawal rasa lapar dan kenyang. Gabungan diet yang seimbang dan pengambilan Omega-3 didapati bermanfaat untuk mengawal atur dua hormon ini dan
- Meningkatkan rasa kenyang. Dengan ini anda akan berasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih lama selepas makan
Meningkatkan Paras Insulin yang Sihat.
Insulin menukarkan karbohidrat di dalam makanan
kepada tenaga. Oleh itu, tahap insulin yang sihat
adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang
sihat dan Omega-3 dapat membantu dengan:
- Meningkatkan kepekaan insulin badan. Semakin peka sel-sel badan kita terhadap insulin, semakin rendah kemungkinan makanan yang kita makan disimpan sebagai lemak
Mengurangkan Tekanan.
Tekanan boleh menyumbang
kepada peningkatan berat badan.
Omega-3 membantu mengawal
atur tahap kortisol yang sihat, ia
adalah hormon tekanan yang
menyebabkan anda menyimpan
lemak, bukannya membantu
membakar kalori-kalori
yang degil.
Lemak-lemak yang dibakar tadi perlu dibuang. Dan ini kita kenali sebagai proses detoks. Saranan saya untuk detoks ambillah Herblax.
Herblax adalah campuran proprietari yang dipertingkatkan dan ditambah lagi dengan
daun sena, di mana secara tradisinya ia digunakan sebagai laksatif
semula jadi, HerbLax berkebolehan membantu ketidakaturan dalam usus yang
berlaku pada tempoh tertentu. Ia menggalakkan pergerakan usus
untuk memperbaiki proses pembuangan secara semula jadi tubuh.
Seperti yang anda sedia maklum
detoks merupakan cara untuk
anda boleh mengurangkan toksik
berlebihan dalam badan dan
mengoptimumkan fungsi organ detoks
dalam badan anda. Namun bagaimana
cara untuk anda memastikan bahawa
detoks ini betul-betul berkesan?
Apakah antara sebab khusus anda
perlu fokus dalam membersihkan
tubuh anda?
Membersihkan tubuh badan anda
daripada toksik dan memenuhi
kekosongan itu dengan nutrien
yang teratur akan membuatkan
minda anda inginkan makanan
yang lebih berkhasiat.
- MENURUNKAN BERAT BADAN
- MELEGAKAN RASA KEMBUNG DAN MASALAH SEMBELIT (KOLON LEBIH SIHAT)
- MENINGKATKAN TENAGA
- MENGAWAL NAFSU MAKAN
- KULIT LEBIH CANTIK
- MENGURANGKAN TEKANAN
- MENGUATKAN SISTEM IMUNISASI
- TIDUR LEBIH LENA
Sebelum berakhir kak D sekadar nak berpesan. Badan yang sakit, perlukan masa untuk sembuh. Perlukan kesabaran dan istiqamah dalam mengamalkan suplemen. Oleh sebab itu, orang yang bersiap sedia dari awal kurang berisiko dan apabila mereka sakit, badan mereka cepat pulih dari sakit dan mengambil masa yang singkat untuk kembali seperti sediakala.
Apa pun dalam segala hal kita kena banyak berdoa dan berserah pada Allah untuk memberikan kesihatan dan kesembuhan. Setiap ujian dari Allah adalah untuk menguji iman, kesabaran dan ketakwaan kita. Sekiranya kita merasakan kita sudah cukup derita, ingatlah kembali kisah Nabi Ayub a.s yang diuji dengan kehilangan harta, kehilangan anak dan kesakitan sehingga dihalau dari kampung halaman.
sumber rujukan : The Truth About Cancer , Mayo Clinic
Comments
Post a Comment