Skip to main content

Bagaimana Collagen Powder Shaklee Atasi Rambut Gugur, Nipis Dan Botak ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini KakD nak kongsikan perkaitan diantara kolagen dan rambut. Ada ramuan terbaik dalam Collagen Powder Shaklee yang telah membantu ramai orang mengatasi masalah rambut.

Tanpa berceloteh panjang berjela-jela kita terus ke faktor berlakunya masalah keguguran rambut.

Faktor Keguguran Rambut

Cuba semak jika salah satu atau lebih daripada 4 faktor utama berlakunya masalah rambut ini ada pada anda.

1. Penurunan mendadak Estrogen selepas bersalin


Kandungan estrogen yang tinggi semasa mengandung menyebabkan pembentukan kulit rambut yang sihat dan ia mengunci akar rambut dengan kuat, maka pertumbuhan rambut berlaku dengan baik. Tetapi sebaik sahaja bersalin, penurunan kadar estrogen secara mendadak menyebabkan akar rambut longgar dan mudah gugur.

2. Pengambilan makanan berproses sebagai diet harian


Rambut juga seperti rumput hijau di padang. Perlukan makanan untuk hidup. Makanan rambut adalah nutrien dan air yang cukup agar ia tumbuh subur. Pengambilan diet dengan makanan berproses menyebabkan badan kita sukar untuk menerima nutrien yang cukup untuk berfungsi. Otak akan menghantar gelombang untuk mengambil nutrien dari rambut kerana rambut secara amnya tidak mempunyai funsi penting dalam meneruskan aktiviti harian. Akibat kekurangan nutrien seperti zink, zat besi, protein dan lain-lain menyebabkan rambut kusam dan akhirnya gugur.

3. Stress


Stress memerlukan banyak B Complex. Maka dengan kekurangan B Complex dalam tubuh, maka zat ini akan diserap seperti di atas dari rambut. Stress juga menyebabkan sekatan pada salur darah yang menyukarkan penyaluran nutrien kepada rambut.

4. Bahan Kimia dalam produk rambut


Kebanyakkan syampu dan minyak rambut di pasaran terhasil dari bahan kimia merbahaya yang merosakkan rambut. Pelbagai iklan yang kononnya nak luruskan rambut, lebatkan rambut, atasi rambut gugur dijual dengan harga yang murah. Hakikatnya produk ini mengandungi bahan kimia yang akan menyebabkan rambut kita semakin rosak.

Jika anda mengalami masalah rambut yang teruk dan mempunyai satu atau lebih faktor di atas, anda wajib baca artikel ini sehingga habis. KakD nak kongsikan bagaimana Collagen Powder sangat penting untuk anda.

Ekstrak Camellia Japonica (Tsubaki) bagus untuk rambut


Shaklee Collagen Powder mengandungi 7 ramuan hebat dan salah satu daripadanya ialah ekstrak biji Camellia Japonica (Tsubaki)



Dan tahukah anda yang sebenarnya Tsubaki ini adalah salah satu ingredient RAHSIA kecantikan kulit dan rambut wanita Jepun? Mereka telah menggunakan ekstrak tsubaki ini berkurun lama dahulu sebagai tonik penyubur rambut selain sebagai losyen untuk melembapkan kulit.


Jadi kesimpulannya yang kita boleh buat tentang khasiat ekstrak biji Tsubaki (Camelia Japonica) :

1. MEMBANTU MENYUBURKAN RAMBUT agar lebih sihat dan bermaya.

2. MENGUATKAN KULIT KEPALA untuk mengelakkan keguguran rambut.

3. MELEMBAPKAN KULIT mengelakkan masalah kulit kering serta mengembalikan keremajaan kulit.

Kalau orang India menggunakan santan atau minyak kelapa, orang Jepun pula mejadikan minyak Tsubaki untuk penjagaan rambut mereka.

Khasiat Tsubaki untuk Rambut


1. Tsubaki boleh melembutkan kutikel rambut dan menjadikan rambut lebih bermaya dan bersinar.

2. Tsubaki menghasilkan satu lapisan perlindungan pada rambut dan menghalang dari rambut kering, rapuh dan bercabang di hujung.

3. Tsubaki berupaya melembapkan kulit kepala dan menguatkan akar rambut. Penggunaan yang berterusan akan menguatkan rambut dan menghalang masalah kelemumur.

Wowww...patutlah Shampoo Tsubaki by Shisedo merupakan shampoo yang paling glamour di Jepun.

Penjagaan luaran penting, tapi kalau dijaga dari dalam pastinya lebih mantap gitu. Sebab tu Shaklee memberikan 1 sachet Shaklee Collagen Powder untuk rambut sihat yang mana ia mengandungi 50mg ekstrak Tsubaki.

Bila dah tahu ramuan best Collagen Powder Shaklee, bertambah-tambah keyakinan nak amalkan Collagen Powder, betul kan? Tunggu dulu! KakD nak belanja testimoni. Bagi bukti sebenar ! Baru betul-betul puas hati. 

Testimoni Rambut Lebat


Testimoni 1 : Rambut Jarang dan nipis tumbuh semula dengan sihat

Testimoni 2 : Dulu setiap hari sapu lantai sebab rambut gugur, sekarang seminggu pun tak sakit mata

Testimoni 3 : Rambut Lebih Lebat dan Susah Gugur

Ada vitamin lain lagi ke???? Ada !!!


Produk Pelengkap Masalah Rambut


Untuk mempercepatkan proses pertumbuhan rambut baru, boleh amalkan 

Energizing Soy Protein (ESP) merupakan sumber protein yang mana protein ialah asas bagi rambut sihat dan cantik. Kalau nak rambut cantik dan sihat, jawapan utama ialah PROTEIN.

Tahukah anda bahawa rambut kita terdiri daripada lebih kurang 97% protein. 19 daripada 22 jenis asid amino membentukkan rambut kita. Sekarang jelas tak kenapa keadaan rambut kita bergantung penuh kepada kualiti protein yang kita ambil?



B-Compex juga dikenali sebagai vitamin kecantikan. Bukan sekadar untuk kulit, ia juga bagus untuk rambut.

B-Compex membantu rambut dengan 4 cara :

1. Terlibat dalam pembentukan rambut yang sihat.
2. Melicinkan pertumbuhan rambut pada kadar yang rata.
3. Menguatkan rambut agar tidak ,udah putus, rapuh dan bercabang.
4. Membantu mengekalkan warna rambut dan mengelakkan rambut beruban.

Vita-Lea Iron Formula . Zink adalah mineral yang terlibat pada bahagian -bahagian yang mengalami pertumbuhan sel yang pesat. Pemakanan yang lengkap pada kadar yang optima akan mendorong pertumbuhan rambut yang lebih pesat.

Pertumbuhan yang pesat tersebut memerlukan bekalan zink secukupnya. Zink mmapu menguatkan rambut dengan menjadikannya lebih tebal, hasilnya rambut lebih ketara lebat.

Apabila setiap helaian rambut lebih kuat, keguguran rambut juga akan berkurangan. Walaupun dalam sehari kita biasa akan hilang 100 helai rambut, Zink akan membantu mencegah kehilangan rambut yang berlebihan.

NAK JADI AHLI UNTUK DAPAT HARGA YANG LEBIH MURAH?


Rakan Shaklee Anda

Nordiana Binti Jamil (KakD)
SMS/Whatsapp : +60146928253
Instagram : @nordianajamil

Comments

Popular posts from this blog

Kesilapan Yang Ibu Bapa Patut Elakkan Dalam Mendidik Anak

1. Tidak Pernah Bersalah Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,  "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye ..  Akhirnya si anak pun terdiam. Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah. Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman. Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepa...

Kepentingan Kalsium dan Magnesium Pada Badan

Sangat sedikit masyarakat yang sedar dan tahu kepentingan kalsium dan magnesium pada badan dalam metabolisma tubuh manusia. Magnesium diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh berfungsi dengan baik. Fungsi Magnesium sangat penting. Tetapi kepentingan Magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5 Cent Miracle Tablet” . Mengapa jadi begini?  Selepas Usia 40 Tahun, Kepadatan Tulang Mula Menurun Dengan Cepat Untuk makluman anda, kesan akibat kekurangan magnesium tidak terjadi dalam jangka waktu yang singkat. Kesannya akan dilihat apabila usia anda semakin meningkat tua. Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang dimuatkan di dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa, kesan paling ketara penurunan magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause . Selain itu, apabila keperluan magnesium di dalam badan tidak mencukupi, akan terjadinya denyutan jantung yang t...

Basic H Ni Sama Macam Peluntur Ke?

Ada yang tanya diana, Basic H ni sama macam peluntur ke? Mentang-mentanglah diana pi bubuh gambar teko yg putih selepas menggunakan Basic H,anda ingat Basic H ni peluntur... Ni diana nak citer... Basic H dengan Peluntur berbeza tau. Peluntur sifatnya melunturkan. Anda rendam barang dalam cecair peluntur, maka akan lunturlah segala-galanya termasuklah warna-warna baju sekali. 10 kali rendam dengan peluntur, baju pun koyak sebab dengan benang-benang baju turut lusuh dan luntur. Diana pernah buat ujikaji sejenis peluntur yang dicampur dengan sabun serbuk pencuci baju untuk membersihkan papan pemotong sayur dan sudu. Memang bersih sebab ia bersifat peluntur. Tetapi Peluntur ni sifat dan bahan-bahannya dari bahan kimia yang bertoksik dan tangan kita pun cepat melecet bila terkena peluntur. Bahaya untuk kesihatan. Tetapi Basic H ni bukan bersifat peluntur. Ia cuma memudahkan kerja anda melakukan pembersihan tanpa perlu menyental dengan kuat bagi menghilangkan kerak kuali, karat, kotoran,...