Skip to main content

Payudara Kendur dan Lembik : Punca dan Cara Mengatasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ramai antara kita mengalami masalah payudara kendur (sagging breast) terutamanya selepas melahirkan anak. Hari ni kakD akan kongsikan punca dan cara untuk mengatasi masalah payudara kendur ni. Jom baca sampai habis. Tak rugi....hehe.

Punca Payudara Kendur dan Lembik


Yang pertamanya adalah Lumrah alam. Tiada yang kekal muda dan sihat. Cuma bezanya cepat atau lambat perkara ini berlaku bergantung kepada genetik dan pemakanan kita. Ada yang cepat ada yang lambat.

Kedua, adalah kehamilan. Ramai yang menyangka breastfeeding penyebab payudara kendur. Sebenarnya bukan salah anak menyusu tetapi kehamilan yang menyumbang kepada payudara kendur dan lembik. Semasa hamil, hormon kita tidak stabil, payudara semakin membesar dan sebaik sahaja bersalin, payudara akan kembali ke bentuk asal. Jadi bukan breastfeeding penyebab payudara kendur dan lembik.

Ketiga, ialah faktor umur. Setiap kita akan melalui fasa menjadi tua. Semakin umur meningkat, jumlah kolagen dalam badan turut berkurangan. Malah pada awal usia 20an lagi jumlah kolagen yang tinggal hanya beberapa peratus sahaja. Apabila kolagen yang bertindak sebagai gam kepada sel-sel badan mula berkurang, maka tak hairanlah kulit dan payudara kita mudah kendur dan lembik.

Payudara Kendur dan Lembik : Punca dan Cara Mengatasi


Kalau dilihat dalam anatomi diatas, payudara kita tiada otot. Yang ada cuma ligamen, tisu penyambung, dan kulit sebagai penyokong. Jadi yang menguatkan struktur kulit kita tadi adalah kolagen. Sebab itu kolagen sangat penting untuk ada payudara yang anjal.

Keempat, adalah faktor pemakanan, merokok, masalah BMI serta bilangan kehamilan turut menjadi faktor payudara kendur dan lembik. Masalah BMI ni, kalau dahulu kita pernah gemuk dan selepas tu kurus. Akan berlaku regangan sel dan menyebabkan kulit serta payudara kendur dan lembik.

Kelima adalah faktor senaman. Siapa sangka senaman juga menjadi punca payudara kendur dan lembik. Bukan tak boleh bersenam, tetapi perlu memakai bra yang besesuaian untuk bersenam. Satu kajian yang dijalankan di British menunjukkan wanita yang bersenam menggunakan bra biasa akan meletakkan tekanan dua kali ganda pada payudara. Nak selamat, gunalah bra khas 'sports bra' yang banyak di pasaran.

Faktor keenam adalah usia dan regangan. Walaupun seseorang itu tak pernah mengandung atau tak pernah gemuk - kurus - gemuk - kurus, tetapi kemungkinan payudara kendur dan lembik tetap ada disebabkan faktor usia. Kekurangan kolagen sebagai tisu penyokong dan penyambung menyebabkan payudara kendur dan lembik. 

Cara Mengatasi Payudara Kendur dan Lembik


Selain daripada menggunakan bra yang sesuai, elakkan merokok serta mengamalkan pemakanan yang seimbang. Disamping itu payudara kendur dan lembik juda dapat diatasi dengan pengambilan suplemen.

  • Protein adalah satu keperluan asas untuk sel yang sihat dan menyediakan kolagen kepada tisu badan supaya anjal dan tegang ( ESP )
  • Kolagen diperlukan untuk mencukupkan keperluan kolagen yang telah berkurangan secara drastik disebabkan oleh faktor usia (Collagen Powder)

Collagen Powder Shaklee


  • Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000 mg proprietari RSS 'Red Snapper Scale' Collagen.
  • Kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.
  • Kolagen yang bermolekul sangat ringan kira-kira 1,000 dalton. Ia dapat diserap dengan mudah oleh badan dan membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan sangat berkesan.
  • Tujuh bahan utamanya adalah ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam dan luaran.
Payudara Kendur dan Lembik : Punca dan Cara Mengatasi

Klik Collagen Powder untuk info lanjut dan testimoni pengguna. Berminat? Hubungi kakD hari ini.

Jaminan Kami


Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam 

  • Selamat ( Sijil Halal dan kelulusan KKM)
  • Semulajadi
  • Berkesan
  • Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 100 tahun lalu dan kini masih berpegang teguh padanya.

Payudara Kendur dan Lembik : Punca dan Cara Mengatasi


NAK JADI AHLI UNTUK DAPAT HARGA LEBIH MURAH?



Nordiana Binti Jamil (KakD)
SMS/Whatsapp : +60146928253
Instagram : @nordianajamil


Comments

Popular posts from this blog

Kesilapan Yang Ibu Bapa Patut Elakkan Dalam Mendidik Anak

1. Tidak Pernah Bersalah Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,  "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye ..  Akhirnya si anak pun terdiam. Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah. Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman. Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepa...

Kepentingan Kalsium dan Magnesium Pada Badan

Sangat sedikit masyarakat yang sedar dan tahu kepentingan kalsium dan magnesium pada badan dalam metabolisma tubuh manusia. Magnesium diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh berfungsi dengan baik. Fungsi Magnesium sangat penting. Tetapi kepentingan Magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5 Cent Miracle Tablet” . Mengapa jadi begini?  Selepas Usia 40 Tahun, Kepadatan Tulang Mula Menurun Dengan Cepat Untuk makluman anda, kesan akibat kekurangan magnesium tidak terjadi dalam jangka waktu yang singkat. Kesannya akan dilihat apabila usia anda semakin meningkat tua. Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang dimuatkan di dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa, kesan paling ketara penurunan magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause . Selain itu, apabila keperluan magnesium di dalam badan tidak mencukupi, akan terjadinya denyutan jantung yang t...

Basic H Ni Sama Macam Peluntur Ke?

Ada yang tanya diana, Basic H ni sama macam peluntur ke? Mentang-mentanglah diana pi bubuh gambar teko yg putih selepas menggunakan Basic H,anda ingat Basic H ni peluntur... Ni diana nak citer... Basic H dengan Peluntur berbeza tau. Peluntur sifatnya melunturkan. Anda rendam barang dalam cecair peluntur, maka akan lunturlah segala-galanya termasuklah warna-warna baju sekali. 10 kali rendam dengan peluntur, baju pun koyak sebab dengan benang-benang baju turut lusuh dan luntur. Diana pernah buat ujikaji sejenis peluntur yang dicampur dengan sabun serbuk pencuci baju untuk membersihkan papan pemotong sayur dan sudu. Memang bersih sebab ia bersifat peluntur. Tetapi Peluntur ni sifat dan bahan-bahannya dari bahan kimia yang bertoksik dan tangan kita pun cepat melecet bila terkena peluntur. Bahaya untuk kesihatan. Tetapi Basic H ni bukan bersifat peluntur. Ia cuma memudahkan kerja anda melakukan pembersihan tanpa perlu menyental dengan kuat bagi menghilangkan kerak kuali, karat, kotoran,...