Skip to main content

TANDA-TANDA KEHAMILAN

Anak-anak Adalah Isi Rumah Tangga Yang TERBAIK

Kehamilan merupakan antara pengalaman hidup yang paling bermakna. Sebaik-baiknya buatlah persediaan sebelum kita hamil lagi. Jika tidak, kita masih mempunyai masa untuk bersedia sebelum bayi kita lahir.

Bersedialah untuk menghadapi alam kehamilan sebaik sahaja mendapat tahu bahawa diri kita telah pun hamil lagi.

TANDA-TANDA KEHAMILAN


Hamil kah aku? Itulah yang akan terdetik di benak kita apabila terlewat haid. Kemudian secara automatik kita akan cuba mengingati sama ada kita terasa loya atau tidak beberapa hari ini.

Tanda-tanda kehamilan ada pelbagai. Saya akan tahu saya hamil apabila tiba-tiba selera makan saya bertambah. Ada teman yang tahu dia hamil jika dia tiba-tiba ingin makan coklat.Ada beberapa lagi tanda kehamilan seperti:

  • Tidak datang haid atau haid terlewat
  • Terasa loya
  • Pening kepala
  • Selera makan naik atau berubah
  • Buah dada terasa bengkak dan mula sakit
  • Puting berubah warna kehitaman
  • Terasa letih keterlaluan
  • Mual dan loya ketika berus gigi

Melakukan Ujian Kehamilan


Ada beberapa ujian yang boleh dilakukan untuk mengesahkan sama ada kita hamil atau tidak.

Ujian Air Kencing

TANDA-TANDA KEHAMILAN
Pregnancy Test Kit

Ujian air kencing boleh dilakukan sendiri di rumah dengan membeli 'pregnancy test kit' dari farmasi. Garis ujian akan muncul apabila hCG muncul dalam air kencing. Itu menandakan anda hamil.

Pemeriksaan Ultrasound


Pemeriksaan ini dilakukan di klinik dan doktor akan mengesan kandungan kita melalui alat ultrasound.

Pemeriksaan Darah


Pemeriksaan darah dilakukan di klinik. Sampel darah akan diambil dan diuji untuk melihat kehadiran hormon BhCG.

Kebiasaanya kebanyakkan kita akan menunggu dan mula memeriksa air kencing apabila haid tidak datang selepas dua minggu. Untuk lebih memuaskan hati, doktor boleh mengesahkan kandungan kita melalui ultrasound seawal minggu kelima atau keenam selepas haid terakhir iaitu selepas seminggu atau dua minggu haid tidak datang. Pemeriksaan ultrasound juga dapat menentukan kedudukan fetus sama ada di dalam atau di luar rahim.

Selepas kita disahkan mengandung, biasanya doktor atau pegawai perubatan akan memberikan kita pil asid folik. Asid folik ialah vitamin B yang penting bagi pertumbuhan sel dan janin dengan sempurna. Asid folik juga boleh ditemui dalam sayur-sayuran hijau seperti bayam, buah-buahan sitrus dan bijirin.

Mengambil asid folik dalam tiga bulan pertama kehamilan berupaya mengurangkan risiko terhadap kerosakan tiub saraf (spina bifida) sehingga 70 peratus. Kekurangan asid folik juga boleh menyebabkan pembentukan tempurung kepala yang tidak sempurna (anencephaly) . Asif folik juga penting dalam pembentukan sel darah merah ibu.

Spina bifida is a type of birth defect called a neural tube defect. It occurs when the bones of the spine (vertebrae) don't form properly around part of the baby's spinal cord.Spina bifida can be mild or severe. The mild form is the most common. - Sumber WebMD
Spina Bifida
Sumber WebMD Spina Bifida
Anencephaly is the absence of a major portion of the brain, skull, and scalp that occurs during embryonic development. It is a cephalic disorder that results from a neural tube defect that occurs when the rostral (head) end of the neural tube fails to close, usually between the 23rd and 26th day following conception. - Sumber Wikipedia
anencephaly
Bayi yang mengalami anencephaly disebabkan kekurangan asid folik

Kehamilan bukan suatu tempoh yang menyenangkan. Sudah pastinya bila sampai due date, kita mengharapkan yang terbaik selepas membawa kandungan selama sembilan bulan. 

Kak D pilih untuk ambil B Complex Shaklee. B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting Vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Vitamin B adalah vitamin larut air. Sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. 

B Complex Shaklee
B Complex Shaklee Tahan 4 Bulan

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : " Sesiapa yang mengalami kesakitan pada suatu malam tetapi dia bersabar dan redha kepada ketentuan Allah SWT, maka terkeluarlah dia daripada dosa-dosanya seperti keadaan di kala dia baru dilahirkan ibunya."


Comments

Popular posts from this blog

Kesilapan Yang Ibu Bapa Patut Elakkan Dalam Mendidik Anak

1. Tidak Pernah Bersalah Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,  "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye ..  Akhirnya si anak pun terdiam. Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah. Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman. Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepa...

Kepentingan Kalsium dan Magnesium Pada Badan

Sangat sedikit masyarakat yang sedar dan tahu kepentingan kalsium dan magnesium pada badan dalam metabolisma tubuh manusia. Magnesium diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh berfungsi dengan baik. Fungsi Magnesium sangat penting. Tetapi kepentingan Magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5 Cent Miracle Tablet” . Mengapa jadi begini?  Selepas Usia 40 Tahun, Kepadatan Tulang Mula Menurun Dengan Cepat Untuk makluman anda, kesan akibat kekurangan magnesium tidak terjadi dalam jangka waktu yang singkat. Kesannya akan dilihat apabila usia anda semakin meningkat tua. Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang dimuatkan di dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa, kesan paling ketara penurunan magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause . Selain itu, apabila keperluan magnesium di dalam badan tidak mencukupi, akan terjadinya denyutan jantung yang t...

Basic H Ni Sama Macam Peluntur Ke?

Ada yang tanya diana, Basic H ni sama macam peluntur ke? Mentang-mentanglah diana pi bubuh gambar teko yg putih selepas menggunakan Basic H,anda ingat Basic H ni peluntur... Ni diana nak citer... Basic H dengan Peluntur berbeza tau. Peluntur sifatnya melunturkan. Anda rendam barang dalam cecair peluntur, maka akan lunturlah segala-galanya termasuklah warna-warna baju sekali. 10 kali rendam dengan peluntur, baju pun koyak sebab dengan benang-benang baju turut lusuh dan luntur. Diana pernah buat ujikaji sejenis peluntur yang dicampur dengan sabun serbuk pencuci baju untuk membersihkan papan pemotong sayur dan sudu. Memang bersih sebab ia bersifat peluntur. Tetapi Peluntur ni sifat dan bahan-bahannya dari bahan kimia yang bertoksik dan tangan kita pun cepat melecet bila terkena peluntur. Bahaya untuk kesihatan. Tetapi Basic H ni bukan bersifat peluntur. Ia cuma memudahkan kerja anda melakukan pembersihan tanpa perlu menyental dengan kuat bagi menghilangkan kerak kuali, karat, kotoran,...