Skip to main content

TARIKH JANGKAAN BERSALIN

TARIKH JANGKAAN BERSALIN


Apa itu TRIMESTER?


Waktu mengandung dibahagi kepada tiga fasa atau dikenali sebagai TRIMESTER.


  • Trimester Satu : Dari awal mengandung sehingga 13 minggu
  • Trimester Kedua : Sehingga 27 minggu
  • Timester Ketiga : Dari 28 minggu sehingga 40 minggu
  • ' Post Date ' atau Lebih Hari : Selepas 40 minggu
  • ' Post Term ' : Selepas 42 minggu
Untuk pengetahuan ibu-ibu, waktu jangkaan lahir bayi dikira mengikut Hukum Naegele. Ia dikira bermula dengan hari pertama haid terakhir.

Contohnya, sekiranya haid terakhir kita adalah pada 4 Januari, maka jangkaan kelahiran bayi adalah pada 11 Oktober. Ini dikira dengan mencampurkan hari pertama haid terakhir dengan 7 dan mencampurkannya dengan 9 bulan. Oleh itu (4+7) hari dan (+9) bulan.

Kita juga dapat menjangkakan tarikh kelahiran dengan menggunakan jadual tarikh jangkaan bersalin.

Adalah sangat penting untuk menentukan tarikh jangkaan bersalin kerana :

  1. Untuk mengetahui sama ada bayi berkembang mengikut yang sepatutnya. Agak sukar bagi doktor mennetukan sama ada bayi membesar dengan baik atau tidak jika terdapat keraguan pada tarikh.
  2. Untuk menentukan bila bayi patut lahir. Penting bagi seseorang ibu yang menghidap penyakit kencing manis misalnya untuk melahirkan bayi pada waktu yang tepat. sekiranya terawal, paru-paru bayi mungkin belum bersedia dan sekiranya terlalu lambat risiko untuk bayi lemas lebih tinggi bagi ibu menghidap kencing manis. Pada kebiasaannya doktor akan meng'induce' pesakit kencing manis dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin.
Bagaimana Sekiranya Tidak Tahu Tarikh Haid ?

Ada ibu yang tidak tahu tarikh terakhir haid disebabkan haid tidak teratur atau lupa. Ada juga ibu yang menyusukan anak dan tidak datang haid terus sehingga mengandung. Ibu-ibu begini haruslah datang berjumpa doktor seawal mungkin untuk menentukan tarikh yang sebenar dengan melakukan ultrasound.

Sekiranya ultrasound dilakukan pada awal trimester pertama, iaitu dari minggu ke 5 sehingga minggu ke 12, ketepatannya adalah lebih tinggi. Perbezaan mungkin 1 ke 2 hari sahaja, Pada trinester kedua, perbezaan boleh menjangkau seminggu dan sekiranya dilakukan pada trimester ketiga, perbezaan sehingga 2 ke 3 minggu dan tidak mendatangkan banyak kegunaan. Oleh itu, datanglah seawalnya untuk melakukan ultrasound.


"Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara; SEDEKAH JARIAH, ILMU yang diambil orang manfaatnya dan ANAK YANG SOLEH yang MENDOAKANNYA "




Comments

Popular posts from this blog

Kesilapan Yang Ibu Bapa Patut Elakkan Dalam Mendidik Anak

1. Tidak Pernah Bersalah Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,  "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye ..  Akhirnya si anak pun terdiam. Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah. Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman. Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepa...

Kepentingan Kalsium dan Magnesium Pada Badan

Sangat sedikit masyarakat yang sedar dan tahu kepentingan kalsium dan magnesium pada badan dalam metabolisma tubuh manusia. Magnesium diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh berfungsi dengan baik. Fungsi Magnesium sangat penting. Tetapi kepentingan Magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5 Cent Miracle Tablet” . Mengapa jadi begini?  Selepas Usia 40 Tahun, Kepadatan Tulang Mula Menurun Dengan Cepat Untuk makluman anda, kesan akibat kekurangan magnesium tidak terjadi dalam jangka waktu yang singkat. Kesannya akan dilihat apabila usia anda semakin meningkat tua. Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang dimuatkan di dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa, kesan paling ketara penurunan magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause . Selain itu, apabila keperluan magnesium di dalam badan tidak mencukupi, akan terjadinya denyutan jantung yang t...

Basic H Ni Sama Macam Peluntur Ke?

Ada yang tanya diana, Basic H ni sama macam peluntur ke? Mentang-mentanglah diana pi bubuh gambar teko yg putih selepas menggunakan Basic H,anda ingat Basic H ni peluntur... Ni diana nak citer... Basic H dengan Peluntur berbeza tau. Peluntur sifatnya melunturkan. Anda rendam barang dalam cecair peluntur, maka akan lunturlah segala-galanya termasuklah warna-warna baju sekali. 10 kali rendam dengan peluntur, baju pun koyak sebab dengan benang-benang baju turut lusuh dan luntur. Diana pernah buat ujikaji sejenis peluntur yang dicampur dengan sabun serbuk pencuci baju untuk membersihkan papan pemotong sayur dan sudu. Memang bersih sebab ia bersifat peluntur. Tetapi Peluntur ni sifat dan bahan-bahannya dari bahan kimia yang bertoksik dan tangan kita pun cepat melecet bila terkena peluntur. Bahaya untuk kesihatan. Tetapi Basic H ni bukan bersifat peluntur. Ia cuma memudahkan kerja anda melakukan pembersihan tanpa perlu menyental dengan kuat bagi menghilangkan kerak kuali, karat, kotoran,...