Semasa di trimester satu terlalu banyak perubahan yang pasti dirasai oleh ibu. Perubahan fizikal, emosi dan terutamanya fisiologi sangat ketara. Pada kebiasaannya ibu-ibu akan mula merasai tanda-tanda perubahan ini seawal 6 minggu iaitu lebih kurang 2 minggu selepas lewat haid.
Antara tanda-tanda yang sering dialami pada trimester ini adalah :
- Buah dada membesar
- Keletihan
- Loya, muntah dan tidak lalu makan
- Kerap buang air kecil
- Pening
- Susah buang air besar/sembelit
- Perut kembung
- Sakit pada ari-ari
- Tegang urat kaki atau
Buah Dada Membesar
Salah satu tanda paling awal yang dialami ibu hamil adalah saiz buah dada membesar daripada biasa. Buah dada akan terasa tegang dan sesetengah ibu akan terasa sakit. Ini adalah disebablan pengeluaran hormon estrogen dan progesteron sebagai persediaan ibu untuk menyusukan bayi.
Ibu-ibu perlu menukar saiz baju dalam kepada yang lebih besar dan selesa. sebaik-baiknya belilah baju dalam yang dibuat khusus untuk ibu hamil dan menyusukan.
Adakalanya ibu-ibu akan terasa gatal pada bahagian puting. Ini tidak perlu dirisaukan.
Jangan Bimbang!
Ramai ibu yang bimbang kerana terasa seolah-olah ada ketulan pada buah dada. Sebenarnya apa yang dirasai oleh ibu-ibu adalah kelenjar susu yang mula membengkak. Ia akan terasa tidak sekata dan memanjang. Sekiranya masih bimbang, pada perjumpaan seterusnya dengan klinik, mintalah doktor melakukan pemeriksaan buah dada.
![]() |
Keratan rentas buah dada ibu hamil |
Keletihan
Merasai keletihan yang luar biasa adalah suatu yang biasa dilalui oleh ibu-ibu sewaktu di trimester satu ini. Ini adalah disebabkan banyak perubahan tubuh yang berlaku pada peringkat ini tanpa disedari oleh ibu sendiri. Beberapa jenis hormon termasuk steroid akan dikeluarkan oleh tubuh. Janin yang masih awal itu juga mengeluarkan hormon hCG yang menyebabkan keletihan, loya dan muntah.
Untuk memenuhi keperluan nutrisi bayi yang mendadak, ibu-ibu dinasihatkan untuk banyak berehat supaya tenaga dapat disimpan dan dengan ini penyerapan makanan untuk bayi dapat berlaku secara optimal. Oleh itu, rasa letih adalah salah satu daripada tindak balas tubuh untuk kepentingan bayi yang dikandung.
Untuk Para Ayah
Pada masa ini, ibu-ibu akan merasai amat letih, sedangkan kandungannya masih belum kelihatan. Ramai yang masih belum tahu ibu sedang hamil. Mungkin ada suami yang merasa hairan dengan keletihan isterinya yang begitu ketara. Ramai pula daripada ibu-ibu ini yang bekerja dan tidak dapat berehat di tempat kerja. Oleh itu sebaik-baiknya ibu-ibu dapat diberikan masa yang cukup untuk berehat bila pulang ke rumah.
Loya, Muntah Dan Tidak Lalu Makan
Boleh dikatakan hampir semua wanita hamil akan mengalami sedikit sebanyak rasa loya, muntah dan kurang selera makan pada waktu ini. Di antara seorang wanita hamil dengan wanita yang lain, keterukan tanda ini berbeza. Ada wanita yang cuma loya pada waktu pagi selepas menggosok gigi, ada wanita yang loya selepas pulang dari kerja dan ada yang loya sepanjang waktu. Cuma ada segelintir wanita sahaja yang bernasib baik dan tidak mengalami apa-apa tanda.
Punca sebenar rasa loya ini tidak diketahui. Walau bagaimanapun ia sering dikaitkan dengan hormon hCG yang dikeluarkan oleh janin. Paras hCG maksimum adalah pada minggu ke 10 hingga ke 12 dan kebiasaannya pada waktu inilah wanita mengandung mengalami loya paling teruk. Selepas itu, paras hormon ini akan menurun dan biasanya wanita mengandung mula berasa lebih selesa dan sudah boleh menerima makanan.
Ada wanita dan suami yang berasa cemas dan bimbang sekiranya janin tidak mendapat pemakanan secukupnya disebabkan keadaan ini. Tidak perlu risau kerana ia tidak memberi kesan kepada janin dan janin akan terus membesar dengan baik.
Bila Perlu Jumpa Doktor ?
Sekiranya ibu tidak dapat makan dan tidak dapat minum atau mengalami muntah yang terlalu kerap sehingga terasa sangat letih, berdebar,tangan sejuk dan mengeletar. Ini adalah tanda-tanda kekurangan gula dan dehidrasi. Hendaklah segera berjumpa doktor. Doktor akan memeriksa tahap dehidrasi dan akan memberi infusi air dan garam galian serta gula. Ibu juga mungkin diberikan suntikan penahan muntah. Darah akan diambil untuk memeriksa tahap garam galian di dalam badan dan ujian air kencing dilakukan untuk memeriksa kandungan ketone.
Ketone merupakan hasil tindak balas metabolisme tubuh apabila terdapat kekurangan gula di dalam badan. Dalam keadaan dikenalpasti oleh tubuh sebagai 'fasting state' metabolisme badan akan bergantung kepada pemecahan lemak dan akhirnya adalah ketone yang akan dikeluarkan melalui air kencing.
Kehadiran ketone di dalam air kencing memberi indikasi bahawa tubuh ibu sedang dalam keadaan kekurangan gula dan air.
![]() |
Tanda-Tanda Fizikal Dehidrasi |
Untuk Ayah
Jangan keliru jika tiba-tiba isteri anda meminta anda menukar jenama minyak rambut anda atau melarang anda menggunakan sabun ketika mandi. Ada ibu -ibu yang tidak dapat tahan dengan bau nasi sedang mendidih. Oleh itu bersedialah untuk makan nasi bungkus. Bersabarlah saja selama beberapa bulan ini.
Tip-tip Untuk Mengurangkan Rasa Loya
- Makanlah dengan kerap tetapi dalam jumlah yang sedikit.
- Elakkan makanan berminyak atau terlalu pedas atau terlalu berempah.
- Pilihan terbaik adalah makanan kering seperti roti bakar,bijirin, biskut kering, buah atau sup sayur.
- Cuba minum dengan kerap untuk menggantikan garam galian yang hilang akibat muntah. Minumlah minuman berkhasiat milo, horlicks dan sebagainya. Bagi kebanyakkan ibu, teh O merupakan minuman yang paling kurang meloyakan. semasa hamil yang pertama saya memang langsung tak minum susu atau milo.Lihat kotak susu pun saya dah benci inikan pula nak minum susu. Pilihan yang saya ada masa itu hanyalah ambil Ostematrix iaitu vitamin yang mengandungi kalsium untuk menggantikan keperluan kalsium saya dan janin.
- Sesetengah ibu lebih gemar kepada minuman berbikarbonat untuk menghilangkan loya. Walaupun ia minuman yang kurang sihat, itu adalah lebih baik daripada tidak minum langsung. Sesetengah minuman bertenaga tinggi juga boleh diminum. Saya gantikan minuman berbikarbonat ini dengan Performance Drink bersama ESP dan Mealshakes. Saya kurang berminat untuk ambil yang berbikarbonat sebab kita mengandung ni badan mudah dimasukki angin dan kita pula tidak boleh menyapu minyak panas sebarangan pada perut dan dada bila rasa sakit dan sebu. Saya memilih sesuatu yang lebih sihat untuk diri saya dan janin. Lagipun minuman ini lebih mengenyangkan, meningkatkan daya ketahanan badan, membekalkan tenaga, mencegah penyahidratan akibat muntah-muntah serta membekalkan nutrisi lengkap. Semasa hamil ni ibu kurang selera makan dan agak memilih bab-bab makan ni. Memang saya sarankan pengambilan ketiga-tiga minuman ini untuk ibu-ibu.
- Jangan memakai kain atau seluar yang ketat di bahagian pinggang. Pakailah yang longgar dan selesa.
- Pakar perunding saya pernah mencadangkan supaya makan dulu selepas bangun tidur. Kemudian baru memberus gigi. Ini kerana ramai ibu yang muntah semasa menggosok gigi.Walau bagaimanapun cara ini mungkin tidak disukai oleh ibu-ibu. Saya juga alaminya semasa hamil kali kedua. Sakitnya muntah-muntah semasa memberus gigi. Keluar habis segala makanan yang saya dah makan.
- Makan asam atau gula-gula untuk mengurangkan air liur berlebihan. Sebaiknya kunyahlah buah-buahan masam seperti mangga muda atau kedondong.
- Jauhi tempat yang mempunyai bau yang terlalu kuat atau menusuk misalnya bau memasak dari restoran, kaunter minyak wangi atau tempat pembuangan sampah.
Kerap Buang Air Kecil
Sepanjang mengandung ibu-ibu akan mengalami keadaan terllau kerap buang air kecil. Hormon progestron merupakan salah satu sebab mengapa keadaan ini terjadi. Hormon progesteron menyebabkan otot kawalan pundi kencing menjadi longgar.
Selain itu, semakin rahim membesar kedudukannya yang bersebelahan dengan pundi kencing akan menekan pundi kencing tersebut. Ini akan menyebabkan kapasiti pundi kencing berkurangan dan meningkatkan rasa untuk kencing.
Tip Untuk Ibu
Jangan menahan kencing kerana sfinkter pundi kencing biasanya melonggar semasa mengandung dan kita mungkin tidak dapat menahan kencing seperti dulu. Jangan nanti tiba-tiba berlaku kecemasan! Sekiranya tahu akan menghadiri mesyuarat yang panjang atau keluar agak lama, pastikan ke bilik air terlebih dahulu. Bagaimanapun, sekiranya terpaksa bangun semasa mesyuarat diadakan, tidak ada salahnya. Bahkan jauh lebih baik daripada anda meluru keluar dengan tiba-tiba.
Pada waktu malam kurangkan minum supaya tidak bangun tidur terlalu kerap untuk membuang air. Elakkan minuman berkafein kerana ia menyebabkan keinginan untuk ke bilik air bertambah.
Bila Perlu Jumpa Doktor ?
Bangun satu atau dua kali pada waktu malam adalah biasa. Tetapi sekiranya perlu bangun terlalu kerap, terasa pedih ketika kencing atau air kencing tidak lawas dan mungkin mengandungi darah, kemungkinan ibu
terkena jangkitan kuman di dalam air kencing.
Berjumpalah
dengan doktor. Doktor akan memeriksa air kencing untuk memastikan keadaan
dan berkemungkinan memberikan antibiotik. Minumlah banyak air dan habiskan
antibiotik yang diberi walaupun sudah rasa baik.
Dalam
keadaan jangkitan yang lebih teruk, ibu mungkin terasa seperti demam dan seram
sejuk serta mengigil. Kesakitan mungkin terasa di bahagian ari-ari dan
adakalanya di bahagian belakang. Air kencing juga mungkin berdarah. Dalam
keadaan ini biasanya doktor mencadangkan ibu dimasukkan ke wad untuk rawatan
yang lebih sempurna. Selalunya rawatan adalah secara suntikan menerusi urat.
Jangkitan
kuman dalam air kencing adalah perkara yang biasa berlaku semasa mengandung.
Ini mungkin disebabkan tekanan dari rahim yang membesar ke atas pundi kencing
menyebabkan pembuangan air kencing tidak sempurna dan memudahkan jangkitan
kuman berlaku . Jangan bimbang kerana jangkitan kuman yang berlaku tidak akan
membahayakan bayi.
Pening Kepala
Ada
ibu-ibu yang mengalami pening kepala yang lebih kerap daripada sebelumnya. Ada
yang mengalami rasa 'berpusing' dan hendak pitam. Keadaan ini lebih kerap pada
trimester kedua. Rasa pening kepala mungkin disebabkan kurang gula di dalam
badan kerana kurang makan atau kerap muntah. Ia juga mungkin disebabkan tekanan
darah yang rendah pada ibu-ibu hamil. Kadang-kadang puncanya mungkin stress,
kemurungan atau tidak dapat tidur malam dengan lena.
Sekiranya
ibu-ibu dapat berehat dan tidur ini adalah lebih baik.Sekiranya disebabkan
kekurangan gula di dalam badan, ambillah sedikit makanan atau
glukos. Performance drink yang diana ambil semasa kehamilan sangat membantu kerana ia mengekalkan paras gula dalam darah.
Sekiranya tidak dapat berehat atau masih terasa sakit, diana akan ambil B Complex dan Vitamin Kalsium iaitu Ostematrix, Vitamin ni berupaya merehatkan saraf dan urat kita akibat stress dan tekanan masa kerja, meredakan sakit kepala dan masalah sukar tidur malam. Bagi ibu hamil memang susah untuk tidur malam. Tapi bila ambil supleman ni, in syaa Allah hilang macam tu jer semua masalah ibu hamil.
Tip Untuk Ibu
Sekiranya berasa pening ketika berdiri, duduk dan tundukkan kepala ke bawah. Amalkan membawa gula-gula atau coklat dalam bag tangan. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan keluar dengan perlahan-lahan.
Sembelit
Masalah yang satu ni memang tak lari. Mesti ada dalam pakej ibu hamil. Hormon progesteron yang dirembeskan dengan banyak ketika mengandung menyebabkan pergerakan usus menjadi lambat dan dengan itu air lebih banyak diserap daripada najis. Ini menyebabkan najis menjadi keras. Pengambilan sumber makanan yang mengandungi zat besi juga boleh menyebabkan sembelit.
Tip Untuk Ibu
- Makan lebih banyak sayur dan buah.
- Minum lebih banyak air.
- Ambil prune sebagai kudapan kerana ia mengandungi fiber yang tinggi serta mengurangkan rasa loya juga.
- Diana dulu amalkan Kalsium sebelum tidur dan minum Mealshakes setiap pagi. Alhamdulillah mudah nak membuang dan tiada masalah sembelit-sembelit ni.
Kembung Perut
Walaupun rahim belum begitu besar, perut ibu mengandung sudah boleh kelihatan. ini kerana usus-usus mengembang disebabkan dua hormon utama semasa mengandung iaitu progesteron dan estrogen.
Usus yang mengembang ini akan mengambil lebih ruang dan perut ibu kelihatan besar walaupun kandungan baru saja masuk beberapa minggu.
Ramai ibu yanga mengadu perut mereka besar dan kadangkala terasa seolah-olah ada pergerakan bayi di bahagian atas abdomen! Ini suatu yang mustahil kerana kandungan masih di trimester satu dan pergerakan bayi masih belum dirasai.
Apa yang sebenarnya berlaku ialah usus-usus yang kembang ini bergerak-gerak dan menyebabkan ibu terasa seperti bayi yang bergerak.
Sakit Pada Bahagian Ari-ari
Ibu-ibu selalu berasa bimbang sekiranya kesakitan yang dirasai pada bahagian ari-ari boleh mempengaruhi janin.Rasa kurang selesa pada bahagian ari-ari adalah normal. Ini disebabkan rahim yang sebelum ini berada di dalam ruang pelvis mula membesar. Ibu-ibu tidak perlu bimbang dengan keadaan ini.
Bila Perlu Jumpa doktor ?
Sekiranya rasa sakit menjadi bertambah kuat dan diikuti dengan pendarahan segeralah berjumpa doktor untuk memastikan janin dalam keadaan sihat.
Sekiranya tiada pendarahan, sellaunya tiada apa yang perlu dibimbangkan.
Kejang Kaki
Kejang kaki waktu malam kerap terjadi semasa kehamilan. Antara sebabnya adalah kekurangan kalsium dalam tubuh. Terlalu lama berdiri dan berjalan di siang hari juga faktor penyumbang kepada kejang kaki.Ia tidak merbahaya tapi amat menyakitkan hingga ibu hilang ruang waktu untuk berehat dengan selesa pada waktu malam.
Tip Untuk Ibu
- Pada waktu pagi, apabila bangun dari tidur elakkan mengeliat kerana ini boleh merangsang kekejangan.
- Untuk suami pula, apabila isteri mengalami kekejangan kaki, tolong isteri dengan cara menolak tapak kaki ke atas atau ke arah kepala. Ini boleh segera menghilangkan kekejangan.
- Ambillah kalsium secara berterusan. Jika tak mampu minum susu ambillah kalsium dari suplemen. Diana cadangkan pengambilan Ostematrix sebagai suplemen kalsium untuk ibu hamil.
Comments
Post a Comment