Perubahan Fizikal Dan Psikologi Pada Ibu Hamil Serta Penyebabnya.
Pada masa awal kehamilan kebanyakan bakal ibu mengabaikan keperluan nutrisi. Padahal pada trimester pertama ini keperluan nutrisi perlu dititikberatkan dari segi jumlah mahupun mutu makanannya. Ketika kehamilan mulai membesar di sertai dengan membesarnya perut ibu, biasanya terjadi pembengkakan pada bahagian kaki. Selain perubahan fizikal yang terjadi, perubahan psikologi juga kerap terjadi. Seorang ibu yang sedang mengalami proses kehamilan biasanya lebih sensitif dan segala yang menjadi keinginannya harus dicapai. Biasanya orang yang sedang hamil ingin selalu di beri perhatian oleh orang-orang di sekelilingnya terutama insan yang paling disayangi iaitu suami.
Perubahan yang berlaku dibawah ini adalah perubahan fizikal dan psikolyang biasa dialami oleh ibu hamil. Kalau nak tahu apa yang berlaku pada tubuh ibu hamil teruskan membaca hingga habis yer
1. Peningkatan berat badan : Bertambahnya selera makan dan peningkatan hormon progesteron yang mampu meningkatkan pembentukan lemak tubuh.
2. Pembesaran payudara, rasa ngilu dan sakit pada puting jika disentuh serta terjadi perubahan warna puting susu : Peningkatan hormon HPL (Human Placental Lactogen) dan MSH (Melanocyte Stimulating Hormone)
3. Peningkatan kekerapan buang air kecil : Pembesaran uterus sehingga fundus menekan pundi kencing.
4. Air liur lebih asid dan banyak : Peningkatan kadar hormon estrogen.
5. Mual dan muntah ( morning sickness) : Penghasilan hormon estrogen dan progesteronyang melemahkan saluran pencernaan dan penurunan gerakan peristalsis di perut serta perubahan mood.
6. Mudah kembung : Penurunan asid gastrik dan pelambatan pengosongan gastrik.
7. Sembelit : Penyerapan air dalam usus besar meningkat sehingga najis menjadi padat.
8. Kejang pada kaki : Terhimpitnya saraf-saraf di luar buku lali dan sendi akibat pembesaran tubuh.
9. Sering ulser dan gusi berdarah ketika memberus gigi : Kadar estrogen meningkat sehingga mulut, gigi dan gusi lebih sensitif dengan gosokan yang terlalu kuat serta tidak terjadi demineralization ketika hamil.
10. Perut gatal : Perubahan hormon dan tertariknya tisu kulit kerans perut yag membesar. Tubuh jugs mudah berpeluh.
11. Mudah berjerawat dan terjadinya perubahan warna kulit : Perubahan hormon
12. Perubahan mood : Perubahan hormon
13. Lemah, lesu dan cepat letih : Peningkatan kadar hormon estrogen, progesteron dan hormon Human Chorionic Gonadotropin (HCG).
14. Mengidam : Perubahan hormon yang menimbulkan kepekaan ibu hamil terhadap bau dan rasa makanan.
15. Sukar Tidur : Peningkatan kekerapan membuang air kecil. Ketika tidur janin juga mendesak ke arah dada hingga sehingga ibu hamil sukar bernafas ketika berbaring yang mengakibatkan ibu sukar tidur.
Sumber Rujukan : Nutrien Untuk Keluarga Sihat
1. Tidak Pernah Bersalah Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata, "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye .. Akhirnya si anak pun terdiam. Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah. Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman. Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepa...
Comments
Post a Comment