![]() |
Seronok sebab bila-bila masa je kitaorang boleh bercuti tanpa perlu minta izin Bos |
Seronok ke jadi ibu sepenuh masa ni? Rata-rata insan yang bergelar ibu pasti ingin menjadi ibu sepenuh masa kan...? Jika ikutkan rasa hati, tiada seorang pun ibu yang sanggup berjauhan dari anak-anak dan menghantar anak ke rumah pengasuh. Terutamanya ibu yang baru habis pantang dan dah nak mula bekerja. Sedihnya rasa hati terpaksa tinggalkan buah hati kesayangan pada pengasuh. Kejap-kejap asyik tengok gambar anak. Kejap lagi telefon pengasuh tanya khabar berita anak. Makan pun tak lalu. Kerja pun tak fokus. Resah je tunggu waktu tamat kerja. Walaupun Diana tidak pernah melalui saat sedemikian, tetapi sebagai seorang ibu naluri hati kita tetap sama.
Alhamdulillah Diana berpeluang menjadi ibu sepenuh masa. Diana tak perlu menghadapi masalah mencari pengasuh anak, tak perlu keluar rumah seawal 6 pagi dan bergegas hantar anak ke rumah pengasuh sebelum menempuh traffic jam. Tak perlu berdepan dengan ragam rakan sekerja yang adakalanya menjengkelkan. Dan tak perlu menerima arahan boss dan mengejar dateline kerja.
![]() |
Ni lah seronoknya... Hari bekerja pun boleh bawa Adam berjalan ke Aquaria dan main kat Taman |
Tapi...Diana bukan duduk dirumah sekadar goyang kaki. Diana seorang ibu sepenuh masa yang bekerja dari rumah. Seronok ke bekerja dari rumah ni?
Alhamdulillah, Allah membuka peluang bisnes ini pada Diana. Rasanya nama Shaklee mungkin sudah tidak asing lagi buat kebanyakan anda. Lebih-lebih lagi yang selalu berFacebook ni kan. Pengedar Shaklee memang sangat ramai di Facebook ni. Jadi mungkin ada yang tertanya-tanya, best ke jual Shaklee ni? Ini Diana kongsikan kisah Diana dengan anda semua.
Diana mula mendaftar sebagai pengedar atau ahli Shaklee bulan November 2012 dan mula aktif dengan bisnes Shaklee pada penghujung bulan Disember 2013. Setahun Diana menjadi ahli Shaklee sekadar beli suplemen untuk makan sendiri. Diana kan ibu yang menyusukan anak. Jadi Diana ambillah ‘Set Triple M’ untuk merangsang pengeluaran susu Diana.
Tengoklah hasil penyusuan susu badan dengan 'Set Triple M' Shaklee. Debab tapi bukan obesiti. Bayi yang menyusu susu ibu tiada istilah kegemukan dan obesiti yer.
![]() |
Ikut atok dan nenek ke Top Spot di Kuching... tapi adam tak makan semua ni...adam minum susu ibu je |
![]() |
Saya Baby Shaklee |
![]() |
Temankan ummi Lunch di Kenny Rogers, Jusco Equine |
Pada ketika Diana mulakan bisnes Shaklee, Diana sudah hampir 1 tahun 6 bulan berhenti kerja dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Kenapa Diana berhenti? Sebab Diana tak sanggup nak tinggalkan anak pada pengasuh. Pada masa Diana dalam pantang, banyak sangat cerita kematian bayi di rumah pengasuh yang buat Diana risau dan takut sangat. Sepupu Diana dari Sarawak yang bekerja di Putrajaya sekarang ni pun, minta mak ayah nya bertandang ke rumah untuk jaga anaknya. Bila anaknya sudah berusia dua tahun, barulah dia berani hantar ke taska.
![]() |
Luahan hati seorang ibu yang terpaksa menghantar anak ke rumah ibu bapa kerana bekerja |
Bagaimana Diana tergerak hati nak mulakan bisnes Shaklee? Sebab Diana tetap nak buat income sendiri walaupun tidak bekerja seperti orang lain. Jadi dengan Shaklee, Diana nampak peluang untuk berjaya. Produk-produk yang ditawarkan memang berkesan, berkualiti tinggi dan harga berpatutan. Disamping tu Diana nampak bisnes Shaklee ni ada :
- Potensi yang mudah
- Peluang yang cerah
- Modal yang sangat rendah
- MLM yang sangat adil dan tidak seperti MLM lain yang mengutamakan mencari ahli semata, tapi kami berpegang kepada produk kami yg terbaik
- Shaklee adalah syarikat yang stabil, yang telah lama bertapak di Malaysia, produk yang selamat, berkesan dan mendapat kelulusan KKM
![]() |
Perbezaan MLM Shaklee dengan MLM lain |
Kini hidup Diana hanyalah suami, anak dan Shaklee. Ya, Diana memang menjalankan bisnes Shaklee secara Full time dan 100% online dari rumah sahaja. Tidak perlu melayan kerenah bos dan yang paling penting anak membesar di depan mata sendiri. Paling best lagi Diana boleh cuti bila-bila masa.
Berminat? Dengan Shaklee anda boleh melakukannya secara Full time seperti Diana atau secara Part time seperti ramai lagi pengedar Shaklee yang lain. Jika anda melakukannya secara Part time, anda mampu menjana sekurang-kurangnya RM2-3K sebulan. Banyakkan untuk Part time. Bayangkan di tengah bulan masa poket tengah nipis, duit komisyen masuk RM2-3K.
CASH komisyen dalam bentuk TUNAI – untung berbentuk duit iaitu Untung Jualan dan Bonus yang diberikan oleh Shaklee akan diberikan setiap 15hb. Bayangkan tengah bulan masa poket nipis duit komisyen masuk, Dengan Shaklee memang tiada istilah ‘tengah bulan’ atau ‘poket kering’.
CAR Bonus Kereta – yang diberikan oleh shaklee. U can choose your dream car and Shaklee will pay for u :) Bayangkan Shaklee beri duit untuk membayar ansuran bulanan kereta anda dan mungkin juga kereta idaman anda.
Convention ialah bilamana ahli shaklee yang efektif akan mendapat Award semasa majlis. Bukan itu sahaja, percutian dalam dan luar negara bertaraf 5 STAR yang ditanggung sepenuhnya oleh shaklee. Bagi yang Muslim, berpeluang pergi Umrah dengan pakej VVIP (bayangkan hotel hanya bersebelahan masjid.
Apabila kita dengar MLM, mesti dalam otak dah rase ni semua penipuan. Diana dulu pun macam tu, tak dinafikan. Tapi sejak sertai Shaklee, Diana tak menyesal and semakin yakin mendapat rezeki yang HALAL daripada MLM.
Sebenarnya, untuk berjaya di dalam MLM, kita perlu pandai memilih LEADER. Group kami tidak seperti group lain yang hanya mencari ahli baru, dah membiarkan mereka terkapai-kapai sehingga rasa lost dan rugi sertai bisnes ini.
Dalam group Diana, kami mementingkan pengetahuan mengenai nutrisi melalui coaching yang dijalankan. Diana sebagai mentor akan guide sehingga semua ahli group mencapai apa yang Diana nikmati pada hari ini.
Group kami juga menggalakkan penyertaan muslimah-muslimah demi untuk naikkan martabat wanita islam di mata dunia. Melahirkan jutawan muslimah yang bukan sahaja berjaya di dunia, malahan juga di akhirat. Group kami sangat menitik beratkan keberkatan di dalam perniagaan.
Selain itu, Segalanya group Diana jalankan secara ONLINE. Online coaching, Online meeting dan sebagainya. Dan sesekali kami akan adakan perjumpaan atau meeting untuk berkongsi kejayaan dan seminar untuk memberikan panduan terbaik kepada ahli untuk capai kejayaan.
![]() |
Pembelian produk boleh dibuat secara online 24 hours... senang dan mudah untuk sururumah |
Untuk berjaya, usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan amatlah penting. Tapi usaha bersendirian tanpa panduan dari leader yang betul akan menyukarkan perjalanan ke arah mencapai kejayaan hingga berjaya mendapat income sehingga 4-5-6 angka.
Oleh itu, sesiapa yang ingin mendapat tunjuk ajar daripada diana, ingin nak jadi macam diana untuk pegang income 4-5-6 angka, sila hubungi Diana untuk maklumat lanjut. In syaa Allah diana akan membawa anda bersama menuju kejayaan.
Alhamdulillah dengan Shaklee, hidup Diana sekeluarga memang berubah. Siapa sangka duduk di rumah pun boleh buat income 5 angka kan... Sambil layan kerenah suami dan anak pun dapat buat income besar. Dan Diana pasti ramai ibu-ibu bekerjaya mahupun suri rumah di luar sana mengimpikan benda yang sama kan. Diana dan rakan-rakan sudah mencapainya, Anda bila lagi?
![]() |
Hanya seorang Surirumah tetapi berjaya bawa suami & anak menunaikan Umrah dengan hasil Bisnes Shaklee |
![]() |
Hanya seorang surirumah tetapi berjaya menghantar mak ayah menunaikan UMRAH Pakej VVIP tajaan Shaklee |
![]() |
Hanya seorang surirumah tetapi berpendapatan 4 angka dan berjaya membeli 2 buah kereta untuk kegunaan sendiri dan mertua |
![]() |
Hanya seorang surirumah tetapi berjaya menghantar suami dan mertua menunaikan UMRAH Pakej VVIP tajaan Shaklee |
![]() |
Surirumah-surirumah yang bergelar JUTAWAN |
![]() |
Menghadiri Seminar Untuk Menambah Ilmu... Suami dan anak-anak tetap bersama walau pun ke seminar |
![]() |
Mereka diraikan dalam makan malam mewah dalam satu Majlis Convention oleh Shaklee |
Hanya seorang surirumah tetapi boleh membawa keluarga bercuti dengan hasil Bisnes Shaklee |
![]() |
Percutian 5 Star yang ditaja oleh Shaklee untuk anda dan keluarga |
![]() |
Keluarga Besar Kami... |
![]() |
Hanya Dengan 1 Langkah Kecil, Anda Juga Boleh Menempah Kejayaan Yang Hebat Seperti Kami... In Syaa Allah.... |
Salam Sayang Ummi Adam
Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui :
Nordiana Jamil
Msg / Whatsapp : 014 – 6928 253
FB : Nordiana Jamil
Email : nordiana.jamil@gmail.com
Alhamdulillah saya baru bergabung menjadi ahli keluarga shaklee. Kecemerlangan umi adam membuatkan sy lebih bersemangat lagi untuk terus maju kehadapan.
ReplyDeletePromosi Serentak Vita C Plus, Vita E Complex dan collagen Powder di Penghujung Tahun
Assalamualaikum Nila. Terima kasih kerana sudi singgah ke teratak DiaryUmmiAdam ni.
DeleteIn syaa Allah kita semua boleh berjaya nila. Yang penting jangan pernah putus asa dan terus berusaha. Diana doakan nila juga berjaya capai impian nila dalam Shaklee ni.
http://diaryummiadam.blogspot.com/2014/12/seronoknya-jadi-ibu-sepenuh-masa